Saturday 19 March 2011

CHATTING DAN FB

Bila meliha trend facebook yang semakin menular dikalangan semua golongan usia, tak kira samada tua atau muda, kecil atau besar, lelaki atau perempuan...teringat dikala chatting menjadi trend dizaman pengajianku dahulu....dahulu, mempunyai laptop ataupun desktop sendiri adalah sesuatu yang agak tinggi kosnya, hanya sebilangan sahaja antara kami yang mepunyai komputer sendiri. Jadi dirumah sewa kami, ada 2 buah desktop, laptop dan untuk memudahkan kami untuk mencari bahan bagi membuat assignment yang diberikan pensyarah, telah dimasukkan satu line internet dirumah sewa itu.....

Pada permulaannya, internet dilayari seperti biasa, sehinggalah datangnya trend chatting....aduhai, ketika itu terpaksa menunggu untuk menggunakan komputer dirumah, ada antara kami yang sanggup tidur dahulu dan meninggalkan pesanan kepada kawan untuk mengejukkan sekiranya telah selesai menggunakan internet. Melalui chatting, pelbagai rakan diperolehi, dan ada antaranya yang memberikan informasi yang sebenar mengenai diri mereka tapi ada juga antaranya yang suka menyamar menjadi mereka yang lain, dengan nama yang lain, umur yang berlainan dan latarbelakang yang bukan diri mereka yang sebenarnya. Bila berjumpa, barulah sedar yang ada antara rakan siber tadi sebenarnya hanyalah pelajar belasan tahun, heheh, tak kurang juga yang memberikan informasi yang berlainan ketika berjanji untuk berjumpa, bukan apa..nak tengok dulu orangnya macam mana, sekiranya mengerikan atau tidak seperti yang dijangkakan, ditinggalkan sahaja........ 

Unsur chatting ini membawa kesan yang positif dan negatif pada setiap individu. Ada yang terpedaya, dan bila berjumpa dengan individu yang sebenar, dia bukanlah seperti yang digambarkan dan fikiran. Dan ada juga yang tertipu, dan sanggup menggadaikan wang ringgit tak kira juga maruah hanya kerana kawan internet ini. Permulaannya dari seorang rakan sembang di layar cyber, menjadi rakan talian di telefon, berjumpa dan akhirnya termakan dengan segala tipu daya....tetapi tidak dinafikan juga yang rakan siber ini juga banyak memberi kesan positif kepada sesetengah individu. Jika kena gayanya, betul orangnya, rakan siber ini boleh membantu kita dalam banyak cara- nasihat, networking, pengalaman dan sebagainya. Tak dinafikan ada juga yang membawa perkenalan ini sehingga ke jinjang pelamin, pasangan seumur hidup......

Jadi padaku, ini juga sama dengan facebook. Sebagai individu, kita sendiri mesti mampu menapis segala informasi yang ada. Mesti mampu membezakan yang mana yang baik dan buruk, yang mana yang boleh diteladani dan mana yang harus dijauhi. Jangan disalahkan teknologi sekiranya sesutu yang buruk berlaku, teknologi hanyalah satu device, kita yang menggunakannya samada ke jalan yang baik atau buruk. Hanya satu pesananku, tapislah sedikit gambar atau informasi yang diberikan kerana kadang-kadang ia boleh memberikan impak dan tanggapan yang berlainan kepada setiap individu. Ada yang menyatakan yang mereka in a relationship/ married  tetapi pasangan yang dikahwini adalah daripada jantina yang sama...aduhai, pening melihatnya....

Setiap yang baik itu datangnya dari Yang Esa, yang buruk itu datangnya dari kita sendiri........