tag:blogger.com,1999:blog-3915765512481931152024-03-13T15:57:41.218-07:00aku, dia, mereka dan phd...SURIA BINTI SULAIMANhttp://www.blogger.com/profile/07635632875376024622noreply@blogger.comBlogger19125tag:blogger.com,1999:blog-391576551248193115.post-72072692969575936832014-10-01T02:27:00.000-07:002014-10-01T02:27:14.073-07:00wah...lama gila tak update blog....bertahun tahun.....skill menulis pon dah hilang...ni nak brush up balik skill menulis yang ada...I know...

I SHOULD READ MORE AND WRITE MORE!!!

nak insaf balik la...nak start menulis balik...nak dapat balik feel tuh...so stay tune....!!!SURIA BINTI SULAIMANhttp://www.blogger.com/profile/07635632875376024622noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-391576551248193115.post-90721257373687890752011-09-08T20:32:00.000-07:002011-09-08T20:32:24.297-07:00HIDUP INI SENTIASA ADA PILIHAN.....
hidup ini akan sentiasa ada pilihan.....

jika berjalan, boleh memilih untuk ke kanan, ke kiri dan sebagainya......

jika belajar, kita boleh menjadi pelajar yang malas atau rajin......

ketika peperiksaan, boleh memilih untuk menjawab dengan jujur atau dengan toyol didalam poket atau meniru kawan disebelah....

ketika hendak mencari pekerjaan, boleh memilih untuk terus menunggu pekerjaan yang dicitakan atau mengambil apa sahaja peluang di depan mata.....

pekerjaan yang menjanjikan hasil pendapatan yang halal atau dari jalan songsang....

ketika berkawan, boleh memilih kawan yang baik atau sebaliknya,

ketika berfesyen, boleh memilih yang mahal atau yang seadanya, yang mengikut aliran atau tenggelam ditelan zaman,

yang dituntut agama atau sebaliknya,

ketika mencari teman hidup, boleh memilih mengikut citarasa atau ciri-ciri yang didambakan atau mengikut tuntutan agama,

ketika hendak berkahwin, boleh dibuat besar-besaran, kecil-kecilan atau beserdehana sahaja...

sudah berkahwin, boleh memilih untuk kekal berlagak seperti zaman bujang atau seperti mereka yang telah berumahtangga,

ketika rumahtangga menuju kehancuran, boleh memilih untuk terus kekal dalam rumahtangga tersebut, berusaha untuk memperbaikinya, atau melupakan sahaja si dia dan membina hidup yang baru,

ketika sesat, boleh terus kekal dalam kesesatan atau berusaha untuk keluar dari kesesatan tersebut,

ketika dirundung malang, boleh terus menyalahkan mereka dan alam sekitar atau memilih untuk muhasabah diri sendiri,

ketika diri miskin, boleh terus sahaja didalam keadaan yang sama atau cuba membina kehidupan yang lebih baik di masa depan....

tika diri mempunyai banyak kekurangan atau kekhilafan, boleh terus kekal sebegitu atau cuba menjadi insan yang lebih baik,

baik untuk diri sendiri, si dia, keluarga, untuk mereka, masa depan, dunia dan akhirat.....

hidup ini akan sentiasa ada pilihan,

jadi jangan salahkan keadaan....

kita yang menentukan dan dengan izin-Nya......

SURIA BINTI SULAIMANhttp://www.blogger.com/profile/07635632875376024622noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-391576551248193115.post-79854577715622004732011-07-29T04:34:00.000-07:002011-07-29T04:34:34.547-07:00setahun selepas bapak pergi.....
sedar tak sedar sudah setahun bapak pergi meninggalkan kami semua...25 julai 2010, tarikh keramat bapak pergi meninggalkan kami semua....aku redha, kita juga akan pergi kesana...hanya masa yang berbeza.....

rindu bapak, mak pun acapkali membicarakan perihal pemergian bapak......tapi aku membiarkan mak berbicara tanpa menambah banyak, tidak mahu mak mengingati terlalu banyak, hati tua itu ku tahu amat merindui kekasih hatinya....sekiranya ku layan, aku pun aku tewas...airmataku akan tewas....apatah lagi mak....nanti kelihatan dua beranak ini menangisi insan tersayang yang telah pergi......ketika ini, ketika aku menaip entri ini, mak sedang berada di hadapanku dan membicarakan pasal bapak, mengira bahawa sudah 2 tahun bapak tak bersama berpuasa bersama kami...oh, mak.....

seketika tadi, kebetulan aku membuka folder gambar didalam laptop, ku buka folder gambar anak lelakiku....terlihat gambar ketika zharfan masih kecil, dalam pantang....ada iras-iras sedikit dengan anak baruku, kaisah....ku bawa laptop dan ku tunjuk gambar tersebut kepada mak, ku tekan anak panah satu persatu sambil bertanya keseirasan mereka berdua itu...... dan tiba-tiba, keluar gambar bapak memegang cucunya itu....aduhai bertambah lagi rindu mak....ditatap mak gambar tersebut.....seketika....ku biarkan....ku ulang sekali lagi.....dan kemudian...aku alihkan topik dan ku bawa laptop ke tempat lain....aduhai.......dan terus ku buka blog untuk menulis enttri ini....dan mak dari ketika ke ketika membicarakan perihal bapak, baju yang bapak pakai di dalam gambar tersebut, yang disukai bapak, dan dipakainya selalu.....sambil mendengar, tanganku menaip entri.... menahan airmata yang bertakung....

dan ini adalah antara gambar yang ditatap mak tadi, gambar mak, bapak dan zharfan......

dan kemeja itulah yang dikatakan oleh mak....kemeja merah kotak-kotak......zharfan cucu terakhir yang sempat ditatap bapak.....kaisah nadhilah tidak sempat merasai kasih atuk, baik dari belahku atau belah suamiku...teringat betapa sukanya bapak mengagah cucu yang masih kecil....ah, itu semua kenangan yang tidak akan dilupakan..

bapak, setahun bapak pergi...kami semua merindui bapak...semoga bapak tenang disana...al-fatihah......

SURIA BINTI SULAIMANhttp://www.blogger.com/profile/07635632875376024622noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-391576551248193115.post-62775431065796775882011-07-06T05:59:00.000-07:002011-07-06T05:59:26.555-07:00MENCARI KEBENARAN DIDALAM PERKAHWINAN....Terpikat dengan post seorang teman di FB berbunyi lebih kurang begini....

"siapa yang mencari kebenaran akan bertemu kebahagiaan"

iye, benar....kebenaran akan menemukan kita kepada kebahagiaan....tetapi terlalu obses mencari kebenaran mungkin akan mengundang lebih kekecewaan dan kelukaan....teman itu turut bersetuju dan menyatakan segalanya perlu besederhana seperti sunah Nabi....besederhana dalam semua aspek.....

janganlah terlalu mencari kebenaran terutamanya dalam kehidupan berumahtangga, itu sesuatu yang kupelajari.....kehidupan pasangan sebelum bersama dengan kita, siapa kekasihnya sebelum kita atau lain-lain hal yang boleh menimbulkan emosi negatif didalam kehidupan....tetapi jangan pula terlalu mengambil lewa kehidupan pasangan kita setelah bersama dengan kita....setelah dinikahkan, telah diberikan "the six sense" kepada setiap pasangan suami isteri itu...itu adalah hakikatnya, suatu kebenaran yang tidak boleh dinafikan...sekiranya terdetik rasa tidak sedap hati, mungkin ada sesuatu yang tidak baik berlaku, mungkin pasangan sakit, mempunyai teman tapi mesra yang lain atau yang selainnya....mungkin itu berlaku....tetapi janganlah menuduh tanpa mempunyai bukti yang kukuh....dan perlu muhasabah diri sendiri juga...mungkin ianya berpunca dari kita juga yang kadangkala mengambil mudah akan sesuatu itu, mengambil kesempatan atas kebaikan pasangan atau yang lainnya....yang pentingnya, sentiasa berkata benar dengan pasangan, jangan ditipu pasangan itu kerana dia akan tahu, samada cepat atau lambat, dia akan tahu juga..... kerana dia adalah separuh dari diri kita.."the other half"...

teringat kata teman yang lain yang maksudnya lebih kurang begini...

"kita perlu menjaga hati kita....itu yang penting....jangan diselidik hingga ke dalam segalanya kerana kita memang arif hal itu dan kita akan menemui sesuatu yang mungkin melukakan hati kita akhirnya....hanya ambil apa yang dikatakan oleh pasangan dan cuba percaya kepadanya, semua yang ada didunia ini hanya sementara, yang tak kekal selamanya, jika kita terlalu obses mencari kebenaran, disinilah syaitan akan mengambil kesempatan..."

benar....didalam kehidupan didunia ini, semuanya adalah pinjaman semata-mata...harta, pasangan, keluarga, kerjaya, kejayaan, kesihatan...semuanya adalah sementara...yang abadinya cuma di sana.... kita mencuba menjadi yang terbaik untuk didunia dan diakhirat.... melaksanakan tanggungjawab yang digalaskan....kebenaran akan membawa kita untuk menjadi mereka yang lebih baik tetapi jangan terlalu obses mencari kebenaran...
SURIA BINTI SULAIMANhttp://www.blogger.com/profile/07635632875376024622noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-391576551248193115.post-38659043464020430402011-07-01T02:13:00.000-07:002011-07-06T06:05:56.112-07:00selamat hari jadi sayang....
kesibukan menjadikan aku lupa salah satu tarikh penting dalam bulan ini....kebetulan telefon kong, adoila....sedangkan telefon adalah satu daripada benda penting dalam hidup sekarang ini...selalunya, reminder yang diletakkan didalam telefon berupaya mengingatkan aku kepada tarikh-tarikh penting yang perlu diingati......

8 pagi, sibuk menyiapkan diri kerana sebentar saja lagi tukang urut akan datang untuk mengurut, maklumla orang dalam berpantang...hari ini adalah hari pertama mengurut, dan selalunya akan dilakukan selama 3 hari berturut-turut, dan pada hujung tempoh berpantang, akan ditutupi dengan sekali lagi urutan....jika dulu, aku berpantang dirumah mak, diteluk intan...ketika itu bapak masih ada...dialah orang yang akan menjadi sibuk sekali mencari tukang urut disekitar...tapi untuk anak yang kali ini, bapak sudah tiada, lalu kuputuskan untuk berpantang diutara sahaja, sementelah mak pun tinggal bersamaku, hasya pun sudah bersekolah...kalau dikampung siapa pula yang nak melihat makan minum dia nanti.....jadi, tukang urut ini dikenalkan oleh jiranku...alhamdulillah, jiran banyak membantu...kak siti dan abang rozi....tidak lokek berkongsi pengalaman dan menghulurkan bantuan bila perlu....

sedang sibuk diurut, suamiku yang bercuti berkata pada sianak....hari ini adalah hari yang istimewa.....terbeliak mataku...alamak, berapa tarikh hari ni, lalu ku bertanyakan pada suami...hari ni 29 ker?? tersenyum dia......adoila, sorila sayang....dah tak ingat dah tarikh....kesibukan keluar dan masuk hospital sejak 2 minggu yang lalu membuatkan aku tidak peduli lagi tarikh.....tapi yang bagusnya, birthday telah disambut terlebih dahulu sebelum itu, dirumah mak di gombak dan di rumah abang mal di teluk intan.....kebetulan anakku yang kedua berkongsi bulan yang sama dengan si suami.....jadi telah ku sambut awal seiring dengan birthday zeehan, dan father's day, sebab ku tahu keberangkalian untuk bersalin di hujung bulan adalah besar......jadi memang tak sempat.....takla rasa bersalah sangat...

jadi untuk MOHAMAD HARIS FADILAH...

selamat hari jadi yang ke 36,

untuk seorang yang mula kupanggil SIR,

untuk seorang yang pernah menjadi rakan sekerja,

untuk seorang yang pernah menjadi bos,

untuk seorang yang kupanggil teman,

untuk seorang yang pernah kuanggap teman tapi mesra..

untuk dia yang selamanya menjadi kekasih hatiku,

untuk dia yang kini suamiku,

untuk dia yang kini daddy kepada cahayamataku,

untuk dia "the other half" ku,

untuk dia ketua keluargaku......

semoga harimu menjadi lebih baik dari semalam,

semoga segala mimpimu yang indah menjadi realiti yang juga indah,

semoga segala impianmu dapat digapai dek tangan,

semoga terlaksana segala tanggungjawabmu kepada semua,

semoga segala cinta dan cita kita yang termeteri teguh selamanya,

ditinggalkan semalam tetapi tetap menjadi sejarah,

dipandang kehadapan untuk hidup yang lebih indah.....

untukmu selamat hari jadi sayang......

doaku semoga sayang sentiasa dididalam keberkatan dan lindungan-Nya,

dikurniakan rezeki yang murah,

diberikan kesihatan dan ilmu yang bermanfaat,

dan bahagiamu berpanjangan di dunia dan akhirat.....SURIA BINTI SULAIMANhttp://www.blogger.com/profile/07635632875376024622noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-391576551248193115.post-9614719411293944122011-06-11T09:26:00.000-07:002011-06-11T09:26:26.970-07:00Suatu ketika.....Suatu ketika,

Aku pernah ada harapan,

Aku pernah ada impian,

Aku pernah ada hati,

Itu di suatu ketika...

Di suatu ketika,

Aku pernah mempunyai angan-angan,

Aku pernah mempunyai hati yang sangat kental,

Aku pernah mempunyai kesabaran,

Itu di suatu ketika....

Di suatu ketika,

Aku pernah dikecewakan,

Aku pernah ditaburkan janji-janji yang tidak dipenuhi,

Disajikan dengan pembohongan tanpa henti,

Itu di suatu ketika....

Suatu ketika,

Aku mengutip kembali hati yang telah retak berderai,

Ku cantum kembali menjadi satu walau ia tetap terhempas berkali-kali,

Walau ia meninggalkan corak retak seribu tetap ku kutip jua,

Itu disuatu ketika....

Suatu ketika,

Aku tidak ingin lagi harapan,

Tidak ingin lagi impian,

Tidak ingin lagi mengutip sisa hati yang telah retak itu...

Hingga di suatu ketika,

Aku hanya ingin hati yang baru,

Membina harapan dan impian yang juga baru,

Supaya aku tak perlu lagi mencantum hati itu...

Hingga tibanya ketika itu,

Aku hanya mengharapkan yang terbaik untukku,

Untukmu dan untuk dia,

Hingga tiba ketika itu.....SURIA BINTI SULAIMANhttp://www.blogger.com/profile/07635632875376024622noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-391576551248193115.post-16238953630419414172011-04-08T20:10:00.000-07:002011-04-08T20:10:08.614-07:00THE POWER OF HUGSwhy women need to be hugged???

1. Hormon (oksitoksin)

when your spouse hugged you, automatically oksitoksin will be released from your body..this hormon have a reaction to the body whereby those being hugged will feel close and the level of intimacy will increased...

2. food for the soul

women who received hugs will have more stabile emotion, and feel safe, secure and more loved by the spouse..it is the same as a baby, whereby they will automatically stop crying when you hugged them....interesting....

spontaneus hugs will make the other half feel happier, try it! hugs without the intention of sex activity will add happiness to the marriage...

love is in the air... so why wait????

hugs your love one now....and make it a habit.....by the way, do not to this to the one that u are forbidden to hug!!! (salah disisi agama dan etika ye...).SURIA BINTI SULAIMANhttp://www.blogger.com/profile/07635632875376024622noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-391576551248193115.post-50088331777197065772011-03-19T01:41:00.000-07:002011-03-19T01:41:04.203-07:00CHATTING DAN FBBila meliha trend facebook yang semakin menular dikalangan semua golongan usia, tak kira samada tua atau muda, kecil atau besar, lelaki atau perempuan...teringat dikala chatting menjadi trend dizaman pengajianku dahulu....dahulu, mempunyai laptop ataupun desktop sendiri adalah sesuatu yang agak tinggi kosnya, hanya sebilangan sahaja antara kami yang mepunyai komputer sendiri. Jadi dirumah sewa kami, ada 2 buah desktop, laptop dan untuk memudahkan kami untuk mencari bahan bagi membuat assignment yang diberikan pensyarah, telah dimasukkan satu line internet dirumah sewa itu.....

Pada permulaannya, internet dilayari seperti biasa, sehinggalah datangnya trend chatting....aduhai, ketika itu terpaksa menunggu untuk menggunakan komputer dirumah, ada antara kami yang sanggup tidur dahulu dan meninggalkan pesanan kepada kawan untuk mengejukkan sekiranya telah selesai menggunakan internet. Melalui chatting, pelbagai rakan diperolehi, dan ada antaranya yang memberikan informasi yang sebenar mengenai diri mereka tapi ada juga antaranya yang suka menyamar menjadi mereka yang lain, dengan nama yang lain, umur yang berlainan dan latarbelakang yang bukan diri mereka yang sebenarnya. Bila berjumpa, barulah sedar yang ada antara rakan siber tadi sebenarnya hanyalah pelajar belasan tahun, heheh, tak kurang juga yang memberikan informasi yang berlainan ketika berjanji untuk berjumpa, bukan apa..nak tengok dulu orangnya macam mana, sekiranya mengerikan atau tidak seperti yang dijangkakan, ditinggalkan sahaja........

Unsur chatting ini membawa kesan yang positif dan negatif pada setiap individu. Ada yang terpedaya, dan bila berjumpa dengan individu yang sebenar, dia bukanlah seperti yang digambarkan dan fikiran. Dan ada juga yang tertipu, dan sanggup menggadaikan wang ringgit tak kira juga maruah hanya kerana kawan internet ini. Permulaannya dari seorang rakan sembang di layar cyber, menjadi rakan talian di telefon, berjumpa dan akhirnya termakan dengan segala tipu daya....tetapi tidak dinafikan juga yang rakan siber ini juga banyak memberi kesan positif kepada sesetengah individu. Jika kena gayanya, betul orangnya, rakan siber ini boleh membantu kita dalam banyak cara- nasihat, networking, pengalaman dan sebagainya. Tak dinafikan ada juga yang membawa perkenalan ini sehingga ke jinjang pelamin, pasangan seumur hidup......

Jadi padaku, ini juga sama dengan facebook. Sebagai individu, kita sendiri mesti mampu menapis segala informasi yang ada. Mesti mampu membezakan yang mana yang baik dan buruk, yang mana yang boleh diteladani dan mana yang harus dijauhi. Jangan disalahkan teknologi sekiranya sesutu yang buruk berlaku, teknologi hanyalah satu device, kita yang menggunakannya samada ke jalan yang baik atau buruk. Hanya satu pesananku, tapislah sedikit gambar atau informasi yang diberikan kerana kadang-kadang ia boleh memberikan impak dan tanggapan yang berlainan kepada setiap individu. Ada yang menyatakan yang mereka in a relationship/ married tetapi pasangan yang dikahwini adalah daripada jantina yang sama...aduhai, pening melihatnya....

Setiap yang baik itu datangnya dari Yang Esa, yang buruk itu datangnya dari kita sendiri........SURIA BINTI SULAIMANhttp://www.blogger.com/profile/07635632875376024622noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-391576551248193115.post-91640377178703473312011-01-26T06:51:00.000-08:002011-01-26T06:51:07.213-08:00MEMORI DI ITM- TAHUN-TAHUN YANG INDAH SEORANG PELAJAR DIPLOMA....PART 1Teringat aku segala memori-memori yang indah ketika bergelar seorang pelajar- diploma pengurusan hotel dan pelancongan...ketika itu UiTM masih lagi dikenali sebagai ITM, jadi gelaran pelajar lebih sesuai digunakan berbanding siswazah ketika itu....kenangan ketika diploma begitu penuh dengan warna-warni, tiada apa yang perlu difikirkan, hanaya perlu belajar dan menikmati hidup sebagai seorang pelajar dengan gembiranya.....

Sebetulnya jurusan hotel dan pelancongan memang tidak ada dalam kamus hidupku, tidak pernah terlintas walau sekalipun ketika disekolah rendah atau menengah akan melanjutkan pelajaran dalam bidang ini, malah ia juga agak kurang popular ketika itu...maklumlah ketika itu masyarakat masih lagi belum bersikap terbuka mengenai jurusan ini, lebih berfikiran negatif...tanggapan mengenai bekerja di hotel masih dilihat signifikan dengan unsur-unsur negatif dan masalah sosial dalam masyarakat......tapi bagi aku ketika itu, lebih memandang kepada benda yang baru dalam industri...ketika mengisi borang rasa macam best ajer course ni, bisikku didalam hati....lagipun keputusan SPMku yang tidak begitu memberansangkan berbanding kawan-kawan yang lain telah menghadkan pilihan...itulah, banyak sangat main di sekolah..walaupun sekolahku namanya gah seantero Malaysia, tetapi kalau kurang berusaha, akhirnya hanya mampu mendapat pangkat 1 yang hujung-hujung sahaja la......tetapi aku tetap bersyukur, kerana setiap yang terjadi ada hikmahnya...dan salah satunya, aku telah ditunjukkan jalan ini-Diploma PEngurusan Hotel di ITM Shah Alam.....

kenapa kukatakan hikmah???pertamanya, aku anak bongsu dalam keluarga...manja, kurang membuat kerja rumah terutamanya selepas bersekolah diasrama penuh di selatan tanah air....skill untuk memasak, huih jauh sekali ketika itu....belajar di ITM telah membuka ruang kepadaku menambahkan skil yang memang tiada, dari seorang yang zero dalam memasak, kepada seorang yang tahu memasak, taklah terror memasak, sekurang-kurangnya ketika itu tahu la jugak jenis herba, ikan, sayuran, cara memasak.....yang lebih memalukan, sesetengah pelajar lelaki lebih pandai memasak didapur berbanding perempuan, aku la antaranya.....pernah suatu ketika, donut ku tidak menjadi, manakala ada adunan donut pelajar lelaki gebu2 belaka...huih malu sungguh.......siap diberikan dough kepadaku untuk menutup ketidak terroran aku itu dan mengelakkan aku daripada dimarahi pensyarah.....hehehehe...terima kasih kawan, jasamu dikenang.....

itu antara pengalaman awal di tahun pertama diploma..... ada banyak lagi cerita yang lain ingin kukongsi di masa yang lain.....cuma satu pesanku.....setiap satu yang berlaku pasti ada hikmahnya....kita perlu berusaha untuk menjadikan impian kita itu suatu realiti...jangan takut untuk mencuba dan peluang yang sama jarang-jarang datang berkali, jadi gunakanlah sebaiknya......contohnya aku: kadang-kadang bila kufikirkan kembali alangkah bagusnya kalau aku belajar bersungguh-sungguh ketika di asrama penuh, boleh pegi belajar over sea macam kawan-kawan yang lain....tapi bila difikirkan hikmah disebalik kejadian, alhamdulillah, Allah tahu yang terbaik untuk kita.......aku bersyukur kerana ini menjadikan siapa aku hari ini....

berjumpa di entri yang lain.....SURIA BINTI SULAIMANhttp://www.blogger.com/profile/07635632875376024622noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-391576551248193115.post-27809405347042914912010-12-31T18:14:00.000-08:002010-12-31T18:14:37.493-08:00Bila melihat kejayaan anak didik......
aku memang bangga melihat kejayaan semua anak-anak didikku....berjaya menghabiskan sesi pembelajaran dengan jayanya, memperolehi apa yang diinginkan, mendapat pekerjaan dan memanfaatkan ia di jalan yang benar....lebih membanggakan melihat semangat sebahagian dari mereka yang mempunyai kekuatan untuk membuka perniagaan sendiri...kedai menjual aksessori, t-shirt, kasut, burger, membuat pastri dan kek...amat bangga walaupun sebahagiannya tidak mempunyai premis perniagaan sendiri , hanya menggunakan alam maya sebagai medium perantaraan, melalui blog, facebook dan selainnya......

untuk yang bekerja dalam industri, amat seronok bila mengetahui peningkatan mereka dalam bidang pekerjaan..dari hanya seorang waiter, sekarang sudah menjadi captain, dari seorang commis, sekarang telah meningkat kerjayanya....dan yang bekerja dibidang lain juga tidak kurang hebatnya, ada yang menjadi pensyarah, dan kini sudah boleh duduk bersembang bersamaku, bukan lagi sebagai pelajar tetapi rakan sekerja...sungguh cepat masa berlalu...sedar tak sedar sudah hampir 9 tahun aku menjadi warga kerja uitm....

untuk mereka ini dan untuk mereka yang lain juga, semua bekas anak-anak didikku, semoga kalian memanfaatkan ilmu dan pengalaman yang ada sebaiknya, dan jangan sesekali alpa dengan segala kejayaan yang dikecapi hari ini....dan sesekali lupa mereka yang ada dibelakangmu yang sentiasa menyokong dari segi fizikal dan mental, wang, semgat dan dorongan dan selainnya.....tanpa mereka dan tanpa penentuan dan kehendak Yang Esa, entah siapalah kita hari ini agaknya.....selamat tahun baru, semoga bahagia dan ceria selalu.......
SURIA BINTI SULAIMANhttp://www.blogger.com/profile/07635632875376024622noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-391576551248193115.post-52295005631056930542010-12-01T17:48:00.000-08:002010-12-01T17:48:13.746-08:00PENCOPET KECIL DI McD.......
Ini bukan pengalaman ku...tetapi pengalaman suami dan anak-anakku ketika berkunjung disalah satu lokasi McD...ketika sibuk melayan anak-anaknya bermain di Playland, tiba-tiba anak sulungku berkata...."Daddy, ada orang ambil air kita..." tercengang suamiku melihatkan gelagat anak kecil itu, berusia dalam 5 tahun, dengan selambanya mengambil bekas air mereka dan berlalu...pada awalnya, suamiku memikirkan kemungkinan yang anak kecil itu tersalah ambil bekas air tapi tidak....anak kecil tadi pergi ke sinki, membasuh bekas air tersebut dan seterusnya pergi ke kaunter untuk meminta tambahan air memandangkan McD menyediakan sistem refill air secara percuma.....tercengang suamiku melihatkan kejadian tersebut.....

Itu pengalaman pertama, di waktu petangnya, suamiku dan anak-anak pergi ke McD sekali lagi, dan bertemu dengan si kecil tadi yang masih melakukan pekerjaan yang sama..pada amatan suamiku, si kecil ini disuruh oleh kanak-kanak yang lebih besar umurnya untuk melakukan pekerjaan tersebut, dan si kecil ini dilihat dimarahi oleh kanak-kanak yang lebih besar itu, seperti pembulian lagaknya....apabila si kecil melintasi tempat duduk suamiku, suamiku bertanya datang dari mana....tetapi dengan pantas si kecil itu memusingkan pertanyaan itu dengan bertanya benda yang sama kepada suamiku...cerdik budak ini....seperti telah dilatih....yang bermakna mereka telah biasa melakukan pekerjaan tersebut.

Suamiku menceritakan peristiwa ketika pulang kerumah...memikirkan perkara tersebut, terasa kasihan memikirkan anak kecil seperti itu telah dieksplotasi, ...telah diajar mencuri dari kecil..walaupun kes ini kelihatan seperti kes minor, tetapi ia boleh membawa kepada kes yang lebih besar kelak, terbawa-bawa sehingga dewasa...aku sedar, ada kanak-kanak yang kurang berkemampuan, tetapi mahu merasa apa yang mereka yang lain rasa, tetapi padaku ini bukan caranya....kebih-lebih lagi jika barang yang diambil itu makanan, yang kemudian akan menjadi darah daging kita juga...dan perkara yang dibuat itu juga salah, walaupun dilihat kecil....fikirkanlah.......
SURIA BINTI SULAIMANhttp://www.blogger.com/profile/07635632875376024622noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-391576551248193115.post-7727083437260731992010-11-21T15:11:00.000-08:002010-11-21T15:11:01.609-08:00LEBUHRAYA OH LEBUHRAYA....
Pengalaman pulang ke kampung di malam hari raya Aidiladha yang lepas dirasakan seperti satu perjalanan yang panjang....hujan turun mengiringi kami dari Pulau Pinang sehinggala kami selamat sampai ke destinasi, desa tercinta Teluk Intan....kami bergerak dari rumah lebih kurang 530 petang....anak-anak seperti biasa teruja hendak pulang ke kampung, sibuk menyanyikan lagu Balik Kampung nyanyian arwah Sudirman...betapa mudahnya mereka mengingati lagu itu.......

Perjalanan lancar dari Pulau Pinang ke R&R Sungai Perak...hujan kadangkala gerimis, kadangkala turun dengan lebat...yang pastinya, ia berterusan.....selepas sahaja R&R Sungai Perak, perjalanan mulai perlahan....kami sangkakan ada kemalangan ngeri yang berlaku di kawasan berhampiran.....kemudian semakin perlahan bila tiba waktu mendaki bukit...hujan masih turun....kenderaan memang banyak.....suamiku mula memusing-musing, mencari siaran radio untuk mencari perkembangan terkini di laluan tersebut.....dan akhirnya, rupanya laluan sesak dan perlahan kerana adanya pembaikan cerun di arah menghala selatan berhampiran terowong.......aduh......hampir dua jam untuk melepasi kesesakan 11km......bayangkan.....

kelihatan di kiri jalan lebih daripada 20 buah kereta yang telah tersadai.....ku kira akibat kerosakan....sudahlah hari gelap, hujan, kesesakan lalulintas menyukarkan lagi pertolongan...faktor bukit dan cerun yang tinggi mungkin menyebabkan enjin kereta menjadi panas apabila pergerakan menjadi semakin perlahan...sungguh kasihan, terutama bagi mereka yang mempunyai keluarga dan anak-anak yang kecil.......terdampar didalam gelap......

benar kata mereka, rancanglah perjalanan anda terutama menjelang musim perayaan...silap kami kerana kami terlepas pandang adanya pembaikan cerun disitu, kurang mengambil tahu keadaan lalulintas semasa....kerana selepas sahaja melalui terowong, perjalanan ke Teluk Intan kembali lancar...alhamdulillah.....tetapi bila difikirkan, mungkin ada baiknya pihak Plus ataupun pengurusan lebuhraya menaikkan papan tanda untuk memberi informasi tentang apa yang berlaku dihadapan, terutamanya di musim perayaan, supaya para pengguna lebuhraya boleh mengambil jalan alternatif, susur keluar melalui Kuala Kangsar sebagai contohnya......ini boleh mengelakkan kadar kereta yang tersadai ditepi jalan disebabkan kerosakan, yang tentunya sukar untuk diberi pertolongan ketika jalan penuh sesak dan gelap gelita......yang pastinya, ia menjadi pengajaran buat diriku sendiri, untuk menjadi seorang yang lebih mengambil tahu........dan akhirnya kami tiba di Teluk Intan pada jam 11 malam...perjalanan 3 jam menjadi lebih 5 jam, tetapi syukur kepada Allah, semuanya selamat..........
SURIA BINTI SULAIMANhttp://www.blogger.com/profile/07635632875376024622noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-391576551248193115.post-390356478682550982010-11-12T00:08:00.000-08:002010-11-12T00:08:48.708-08:00BERSEDERHANA DALAM BERBELANJA........
bersederhana itu amat dituntut dalam Islam....ia adalah satu perkara yang baik, yang perlu ada dalam diri setiap manusia.Konsep besederhana ini berbeza dari satu individu kepada individu yang lain, dan ia akan kembali kepada konsep kemampuan setiap individu itu....dari segi tenaga, wang ringgit dan dari persepsi yang lain.....

Janganlah kita terlalu menurut trend atau gaya hidup orang yang lain..sederhana bagi mereka itu mungkin tidak sama dengan sederhana kita......sekiranya seseorang itu mempunyai gaji yang besar, konsep sederhana bagi dirinya mungkin dengan memiliki kereta yang sporty, buatan luar negara, beratusan ribu ringgit harganya...tetapi bagi diri individu lain yang mempunyai gaji yang lebih kecil, konsep sederhana mereka dengan mempunyai kereta dibawah 100 ribu sahaja, atau mungkin kereta luar negara yang telah diguna pakai.....dan jangan pula kita dengki dan mengatakan yang individu yang mampu ingin menunjuk-nunjuk jika itu memang sederhana dengan kemampuan mereka....

Berbelanjalah mengikut kemampuan dan keperluan....sebagai contoh, jika ahli keluarga semakin bertambah, mungkin perlu bagi kita untuk menukar kepada kenderaan yang lebih besar....tetapi mengikut kemampuan.....yang penting ia tidak membebankan...apa gunanya kita berbelanja melebihi dari sepatutnya, sedangkan hakikatnya hutang kad kredit semakin bertambah, simpanan tidak pernah bertambah tetapi semakin berkurang dan ada kalanya terpaksa mengeluarkan simpanan anak-anak untuk menampung kos-kos yang lain.....itu realiti.....

Bagi yang masih bujang, jangan lupa tanggungjawab kepada ibu bapa....jangan terlalu mengikut trend terkini dan membelanjakan wang ditempat yang tidak sepatutnya....teringat kisah seorang ibu yang mahukan anak-anaknya yang masih bujang memiliki rumah dahulu kemudian baru berkereta...bila difikirkan, betul juga konsep tersebut...rumah aset yang berharga, kereta aset yang semakin susut nilainya....sekiranya sudah bekerja dan masih ada pinjaman pelajaran yang belum dilangsaikan, inilah masanya untuk membayar balik pinjaman tersebut...itu adalah tanggungjawab, yang akan dituntut didunia dan diakhirat kelak....fikirkan mereka yang lain yang memerlukan wang tersebut untuk menyambung pelajaran mereka....walau dipusingkan kemana pun, ia masih hutang yang perlu dibayar....fikirkanlah.....
SURIA BINTI SULAIMANhttp://www.blogger.com/profile/07635632875376024622noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-391576551248193115.post-52941410882370986372010-11-08T21:52:00.000-08:002010-11-08T21:52:07.021-08:00CARA MEMBUAT UMAI (SUSHI SARAWAK)posting kali ni adalah resepi sushi dari sarawak...aku katakan sushi, kerana tidak perlu dimasak....sedap dihidangkan bersama nasi putih dan lauk yang lain....cara menyediakannya juga amat mudah...ini resepi umai dari mak saudara suami...Ngah....terima kasih Ngah...

bahan-bahan yang diperlukan....

Ikan kembung (2 ekor)

Perahan Jus Limau nipis (2 biji)

Cili merah (2 biji)

Cili padi (5 biji)

Bawang besar (1 biji)

Lengkuas 2 inci (dihiris halus)

Garam dan serbuk perasa

1. Ikan kembung yang telah dicuci dan dibersihkan, buang tulangnya. Hiriskan.

2. Masukkan jus limau nipis. Limau ini sebagai agen untuk memasakkan ikan tadi...kalau nak lagi banyak pun boleh, terpulang kepada citarasa.

3. Masukkan hirisan cili merah.

4. Masukkan cili padi yang telah ditumbuk, supaya lebih terasa kepedasannya.....

5. Masukkan hirisan bawang besar.

6. Masukkan hirisan lengkuas

7. Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.

8. Gaulkan. Sedia untuk dimakan.....kalau dibiarkan seketika lagi sedap, biar mesra.....

Selamat mencuba.......SURIA BINTI SULAIMANhttp://www.blogger.com/profile/07635632875376024622noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-391576551248193115.post-50023961143863660502010-11-06T09:23:00.000-07:002010-11-06T09:23:16.585-07:00SELAMAT HARI JADI SAYANG.....
hari ni hari jadi anak sulung ku...puteriku, permata hatiku......harijadi yang ke-7....masa berlalu dengan begitu pantas. tanpa sedar, permata hati mummy dan daddy telah melangkah kedalam persekolahan.......begitu pantas...bila kuputar kembali kenangan 7 tahun itu.....pelbagai perasan bercampur gembira, duka, suka, penat....tetapi yang pastinya semua itu mematangkan aku...menjadi seorang yang lebih penyabar....walaupun adakalanya tercabar juga kesabaranku dengan kerenah ketiga-tiga permata hatiku ini.....

sepatutnya, kami meraikan harijadi puteri sulungku ini di Langkawi, sementelah suamiku mempunyai kerja di sana....tetapi disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, cadangan asal terpaksa dibatalkan...tergambar perasaan kecewa di mukanya ketika kunyatakan yang pelan asal terpaksa diubah, keadaan kesihatanku yang tidak mengizinkan aku membawa mereka kesana, kesian.....kecewa dia tetapi aku berjanji dengan dia bahawa aku akan membawanya ke tempat yang lain yang mempunyai apa yang diinginkan oleh kanak-kanak lebih dari segalanya- berkait rapat dengan air......apa lagi kalau bukan swimming pool dan laut.......tersenyum lebar dia mendengarkan janji ku itu.....dan keluhannya berhenti disitu.........menghitung hari untuk ketempat yang dijanjikan itu pula......anak.....anak......jangan sesekali berjanji dengan mereka jika tidak dapat dipenuhi......alamatnya, tak berhenti mengungkit sehingga janji itu dipenuhi......

hari jadi puteri sulungku sama nombornya dengan aku cuma lewat sebulan....aku 6 oktober, manakala hasya 6 november......kuberi nama HASYA SOFIYA, aku kurang membaca novel, bila orang disebelah katil dihospital mengetahui namanya, dia berkata macam nama penulis buku tu....tidak aku mengetahuinya, ku ambil nama itu dari kombinasi nama-nama pilihan dalam islam....Hasya- kesempurnaan dan SOFIYA- kesucian......menjaga dia semasa kecil sangat mencabar, suka menangis di waktu malam, suka tidur ditangan dan dipelukan....dan ia berlanjutan sehingga 6 bulan...bayangkan, bila hendak tidur perlu dibedungkan supaya tidurnya lebih lena, kalau kebiasaannya bayi dibedungkan dengan kain yang kecil, tapi hasya kami bedungkan dengan kain batik, maklumlah umur sudah 6 bulan tapi masih perlu dibedungkan....tersenyum mengingatkan suamiku membedungkan hasya, kemas....cukup kemas, macam parcel.....hahahaha, memang pasti tidak boleh terkeluar tangannya dari bedungan itu....tabik spring untuk suamiku, bedunganku tidak boleh menandinginya...dan diakui oleh ibuku....... itu antara kenangan yang tidak dapat dilupakan.....

untuk puteriku, semoga hidup tuan puteri mummy akan sentiasa dilindungi oleh-Nya, menjadi seorang anak yang soleh, yang boleh menjadi pembimbing kepada yang lain, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan, menjadi seorang yang berguna di dunia dan akhirat......kami akan sentiasa mendoakan yang terbaik untukmu, HASYA SOFIYA....

SURIA BINTI SULAIMANhttp://www.blogger.com/profile/07635632875376024622noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-391576551248193115.post-59201552035198352842010-10-30T08:02:00.000-07:002010-10-30T08:02:19.000-07:00BILA ANAK DIDIK PANJANG TANGAN......sedih mendengar berita ini....bekas pelajarku di shah alam telah bertukar watak, menjadi PENCURI! dan yang lebih menyedihkan, tidak berapa lama selepas operasi mencurinya di salah sebuah restoran di pusat membeli-belah, dia telah ditangkap, dan menjadikan lebih tragis, operasi mencuri ini dilakukan bersama sanak-saudara....astagfirullah, mengucap panjang mendengar berita ini.....

rasanya baru lagi aku bertemu dengan ex-studentku ini, antara pelajar-pelajar yang awal menjadi anak didikku...seperti biasa, aku kenal wajah nya tapi lupa namanya......dan secara kebetulan, kami bertemunya direstoran tempatnya bekerja di ibu negara...dia menegurku....

"puan tak kenal saya ker? saya ex-student puan....." aku tersenyum...."kenal, tapi tak ingat nama...tak sangka awak kerja kat sini..."jawapku....hati berbunga dan bangga mendengarkan yang dia sudah agak lama bekerja disitu...nampak kematangannya....tahu mencari rezeki sendiri, dan seingatku, dia dalam kategori yang tak banyak cakap didalam kelas, low profile...tak seperti sebahagian kawan-kawannya yang lain...

dan semalam, aku mendengar berita mengenai kecurian itu, jumlah yang dicuri agak besar..boleh bayar tunai sebuah kereta Myvi....memikirkan kembali, apalah agaknya motifnya mencuri ini, kepuasan atau terdesak? semoga beliau insaf diatas perbuatannya....umur beliau masih muda, jika diizinkan Tuhan, dipanjangkan umur, masih panjang perjalanannya....

dan pesanku untuk anak didikku yang lain.....hidup ini hanya satu pinjaman....janganlah kita mensiakan-siakannya dan menzalimi diri kita sendiri dengan sesuatu yang salah, yang boleh membawa mudarat bukan sahaja kepada kita tetapi kepada mereka yang lain, insan yang kita kasihi terutamanya ibu dan bapa kita sendiri...SURIA BINTI SULAIMANhttp://www.blogger.com/profile/07635632875376024622noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-391576551248193115.post-70331950781991122332010-09-08T09:58:00.000-07:002010-09-08T09:58:18.718-07:00aku dan ramadan...ramadan hanya tinggal satu hari lagi....telah diumumkan raya pada tahun ini jatuh pada Hari Jumaat, 10 September 2010...bagi aku, ramadan tahun ini ternyata berbeza dari tahun-tahun sebelumnya....ramadan tanpa bapak, yang pastinya...tetapi pemergian bapak telah mengingatkan aku kepada tanggungjawab aku sebagai seorang anak, dan amalan seorang umat Islam....ramadan tahun ini, aku lebih menghargai setiap hari dalam bulan tersebut, meningkatkan sedikit ibadat yang selama ini hanya dikejakan yang fardhu sahaja, lebih mensyukuri rahmat yang Esa, memohon dilanjutkan usia dan diberikan kesihatan ...terlalu banyak keampunan yang perlu kupinta pada-Nya....

tahun ini, terasa sayu bila ramadan meninggalkan aku, entah ditahun hadapan bertemu aku lagi dengan ramadan atau tidak....bila teringat bapak, hati menjadi lebih sayu....hari ini hari terakhir, esok bapak akan kembali....disaat yang lain bergembira, mereka yang berada dialam yang lain mungkin menangis, dipanggil kembali ke alam barzakh....

harapan aku, semoga Yang Esa mendengar doaku dan memakbulkannya....semoga aku bertemu ramadan di tahun hadapan...selamat jalan Ramadan....

dan kepada Syawal, selamat datang Syawal...tetap kutunggu kedatanganmu itu, anakku lebih lagi, menyambut hari kemenangannya berpuasa...ramadan bulan berjuang, Syawal menyambut kemenangan....cuma jangan berlebihan atau terleka menyambut Syawal, buruk padahnya.....

kepada semua, Selamat menyambut Aidilfitri, Maaf Zahir dan BatinSURIA BINTI SULAIMANhttp://www.blogger.com/profile/07635632875376024622noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-391576551248193115.post-24927514743914393702010-09-02T19:23:00.000-07:002010-09-02T19:23:24.926-07:00Aku dan CabaranRamai yang mengatakan dalam proses pembelajaran dan perjalan meniti Phd, akan terdapat bermacam-macam cabaran dan dugaan yang akan melanda, kecil dan besar, luaran dan dalam, diri sendiri atau orang lain....tapi yang pasti semuanya sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada si empunya badan, bakal Dr ini...ternyata benar, tetapi yang pastinya cabaran dan dugaan itu tetap akan terjadi dengan kuasa Allah, dia yang menentukan segalanya, tak kira masa atau dimana sahaja kita berada....

Dugaan pertama yang besar bagi diri ini adalah kehilangan seorang bapak....bagi kawan seperjuanganku, ex-officemateku, orang yang bersungguh-sungguh menggesa aku untuk cuba memohon biasiswa, Aslinda atau kupanggil Linda lain pula....dugaan bagi Linda datang pada petang 22 Ramadan, rumah ibunya hangus dijilat api....tiada apa yang tinggal...hanya abu...rumah yang menyimpan pelbagai nostalgia itu kini hanya tinggal kenangan....sedih mendengarkan suara sayu temanku itu dihujung talian...rumah tempat berteduh ibu dan kakaknya sekeluarga kini telah tiada, mereka hanya tinggal sehelai sepinggang.....tak dapat dibayangkan betapa luluhnya hati seorang ibu melihat rumah tempat teduhnya kini telah tiada, tambahan pula syawal bakal menjelang tiba....tetapi syukur Alhamdulillah, tiada kehilangan jiwa, cuma kakaknya mengalami kesan melecur dimuka dan ditangan....

tapi aku tahu Linda seorang yang tabah...mengenali Linda sebenarnya banyak mengingatkan tanggungjawabku sebagai seorang muslim....Linda seorang yang straight forward,seorang yang lurus dan sentiasa bercakap benar....bila Linda bercakap, selalu bersemangat, membuatkan aku yang tak bersemangat ni pun jadi bersemangat...Linda seorang yang kental jiwanya, seorang yang rajin...bayangkan untuk coursework di UPM untuk tahun pertama Phd dia mendapat 4 flat...flat aku mendengarnya......hahaha....tapi itulah Linda....sentiasa bersungguh-sungguh...dulu semasa borang permohonan biasiswa Phd keluar, Linda bersungguh-sungguh mengajak aku untuk memohon, katanya mungkin kali ini rezeki kita, tak ramai memohon...aku sebenarnya ketika itu masih dalam mood relaks, belum mahu memohon, tapi disebabkan kesungguhannya, aku memohon, dan Alhamdullilah kami berjaya....dan aku bersyukur, setidaknya arwah Bapak dapat melihat anaknya melanjutkan pelajaran ke peringkat Phd sebelum pergi.....dan aku juga bersyukur kerana hubungan aku dan Linda masih rapat walaupun kami tidak lagi tinggal di negeri yang sama...kami selalu bertukar pendapat, selalu berkongsi ilmu, dan pergi ke konferen bersama....sekurangnya, masih ada teman-teman disisi...

Phd- the lonely journey...aku tidak mahu begitu.....teringat kata Dr Rohaida, koordinator SOM USM, Phd bukannya bermakna hubungan kita dengan dunia disekeliling telah berhenti, komitmen kita hanya untuk Phd.....ia tidak sepatutnya jadi begitu....kita tetap meneruskan kehidupan kita seperti biasa, kita kena pandai membahagikan masa katanya.....memang benar, masa untuk Phd, masa untuk keluarga, masa untuk dunia, masa untuk akhirat...segalanya kena seimbang....yang pastinya, aku mengaku sebenar-benarnya, masa aku belum lagi seimbang.....aku mesti lebih banyak menghargai masa.......ada masanya masa aku terbuang begitu sahaja.....masa yang pergi tidak akan kembali.....

aku bersyukur kerana diberikan seorang teman rapat seperti Linda....aku bersyukur mempunyai teman-teman rapat yang lain yang banyak memberikan sokongan sepanjang perjalanan....aku bersyukur mempunyai keluarga yang cukup supportive, seorang suami yang sabar, anak-anak yang kecil yang kusayangi, seorang mak yang tak henti-henti memberikan nasihat dan tunjuk-ajar dan juga selalu membantu, dan juga mereka yang lain yang tak terungkap namanya...terlalu banyak jasa mereka....tak terbalas...aku bersyukur kepada Allah atas segala nikmat yang diberikan oleh-Nya....

Aku berdoa untukku dan untuk mereka semua....Bismillahhirrahmanirrahim...Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Penyayang.....semoga Ramadan ini segala amalan kami semua diterima, dosa diampunkan, dipermudahkan segala urusan, diberikan kesihatan, dikuatkan hati dalam menempuh segala dugaan, cabaran dan dijauhkan daripada godaan syaitan yang direjam dan mereka yang ingin menzalimi dan mengkhianati kami....semoga kami diberikan kekuatan hati, fizikal dan mental untuk menempuhi segalanya, bahagia didunia dan akhirat, dijauhkan dari azab api neraka, dimasukkan dalam golongan orang-orang yang beriman dan dikurniakan syurga firdaus....amin.....

Semoga doaku dimakbulkan....selamat berpuasa......SURIA BINTI SULAIMANhttp://www.blogger.com/profile/07635632875376024622noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-391576551248193115.post-2954978248808309472010-08-11T19:37:00.000-07:002010-08-11T19:37:11.734-07:00aku dan bapak...
25 julai 2010 bersamaan 13 syaaban 1431H....

pagi itu suami menerima satu panggilan....dan tiba-tiba muka suamiku berubah..."bapak, bapak mana kak ila? bapak teluk intan??? innalillah....." aku, yang berada disebelahnya, memandang tepat kearah suamiku..."apa yang??bapak meninggal???meh sini phone tuh, i nak cakap ngan kak ila...." jatuh, luluh hati ini, betulkah berita yang didengari ini?? untuk mendapat kepastian, aku segera mengambil telefon dari suamiku....ya, memang benar, bapak dah tiada lagi didunia ini......

airmata mengalir deras, tapi aku cuba menguatkan semangatku...nak kena cepat, pack-up barang2, nak balik kampung, teluk intan...nak tengok bapak....aku tengok beg, masih ada didepan pintu...sebetulnya, kami baru pulang dari menjenguk mak dan bapak di kampung, baru sampai lebih kurang 6 jam yang lepas, menjadikan ia seperti mimpi...masih kulihat bapak dan mak diluar pintu pagar jam 9 malam tadi, menghantar kami dan melihat kami sehingga hilang dari pandangan...masih aku rasa kepanasan tangan bapak ketika aku bersalaman dan mengucup tangannya sebelum pergi, masih aku dapat lihat lambaian bapak kearah kami, dan cucu-cucunya,, senyumannya...masih dapat kuputar segala yang berlaku hari sebelumnya bersama bapak....tapi hari ini, bapak dah tiada....dia telah dijemput.....dijemput oleh-Nya.....subuh menjadi saksi pemergian bapak, ayahanda yang tercinta.....

perjalanan ke teluk intan....semuanya diam...cuma anak-anakku yang sibuk bertanyakan itu dan ini, seketika kemudian, mereka tidur, menyambung kembali mimpi-mimpi yang indah....yang kedengaran cuma ayat-ayat suci Al-Quran yang dialunkan didalam kereta...aku diam, suamiku juga sama, tidak mahu mengganggu privasiku....airmata berlinangan mengenangkan bapak, kubaca surah Yassin, mengiringi bapak...sambil ingatan melangkau zaman, zaman kecil, zaman remaja dan zaman dewasa.....terlalu banyak kenangan bersama bapak, tak terungkap dengan kata-kata...terlalu banyak jasa bapak kepadaku, kepada keluarga....terlalu banyak kata-kata ingatan, pesanan dari bapak.....terlalu banyak.......benar kata mereka, bila sudah tiada, terlalu banyak memori yang diimbas, diulang satu persatu......tapi aku lebih rela begitu, banyak memori yang boleh dikenang, diingati bersama bapak, kenangan aku dan bapak.....

10 pagi, kami sampai ke teluk intan....ramai yang telah datang....aku yang ketiga yang sampai dari 4 beradik, kak ila masih belum kelihatan...ku kuatkan semangat, airmata mula berlinangan.....aku kena kuat, untuk mak, untuk diriku sendiri...ku kuatkan langkah menuju kedalam rumah, kedengaran surah yassin dibaca oleh mereka yang datang kerumah...muka pertama yang kucari, abang mal, yang sulung dimuka pintu, membaca yassin....perlahan masuk ke rumah, mereka yang datang dapat mengagak, anak arwah....kucari mak, kupeluk...mak nampak tabah, walaupun airmata berlingan...dengan perlahan mak berkata...."suria, bapak dah tak ada"....aku diam...hanya air mata yang mampu menjadi teman setiaku disaat itu....hanya airmata...perlahan menuju ke bilik depan....kulihat sekujur tubuh, tubuh bapak....bapak kelihatan sangat tenang, seperti dalam tidur....cuma kali ini, tidur bapak akan menjadi tidur yang panjang..kukucup pipi bapak, aduh bagai meruntun jiwa...jika kuturutkan rasa hati, rasa ingin ku menjerit, meratap pemergian bapak, kutarik nafas panjang, kupanggil satu persatu anak-anakku...untuk kucupan untuk atuk....cuma kali ini kucupan untuk atuk tidak berbalas...tidak seperti selalu......

keluar muka pintu bilik...mata ku terarah ke kakakku, kak ita, anak yang ketiga...kupeluk dia.....kulihat dia juga tabah, setabah mak, redha atas segalanya.....kak ita agak rapat dengan bapak, die lebih senang menceritakan segala masalahnya kepada bapak, meluahkan isi hati....aku, walaupun yang bongsu, aku lebih neutral, sama rapatnya aku dengan kedua-duanya- mak dan bapak....cuma, aku ni agak agresif, suka melawan cakap orang tua....ada aje benda yang kusangkal pendapatnya, kadang-kadang sekadar untuk berjenaka....dan selalunya, aku selalu membantah cakap bapak,pendapat bapak tapi itu ketika zaman remaja, darah panas...setelah dewasa, aku lebih matang, cuma ada masanya perangai burukku itu akan kelihatan...tapi aku sebetulnya akan mematuhi apa kata mak dan bapak, walaupun membantah pada awalnya......sindrom anak bongsu, agresif sikit..tapi degilnya aku ini mengikut perangai bapak juga...tanpa kusedari aku telah mengutip tingkahlaku orang tuaku, terutama setelah berumahtangga dan mempunyai anak....mana nak tumpah kuah kalau tak ke nasi.....

1030 pagi, kelihatan kelibat kakak ila, anak yang kedua....bercucuran airmatanya melihat bapak...membacakan yassin untuk bapak....bapak memang istimewa...bapak seorang yang sederhana dalam penampilan, bapak suka berkebun, bapak seorang yang tidak suka bertangguh, bapak seorang yang tidak suka menyusahkan sesiapa.....seorang yang simple.....walaupun bapak agak garang, dan kadang-kadang baran, mengikut kata mak bapak tak pernah menjentik mak walau sekalipun sepanjang perkahwinan...itu magisnya bapak....aku yang bongsu, jadi terselamat dari kegarangan bapak....yang tiga diatas, sempat juga....mana taknya, agak nakal juga anak-anak bapak ketika kecil...ada yang suka menangis, tak nak pegi sekolah, bermacam perangai....

11 pagi...bapak sedia untuk dimandikan....bapak dikafankan, dan sedia untuk dilihat untuk kali terakhir oleh kami, yang dalam diam redha dengan ketentuan Illahi...Abang Hussin, abang saudaraku, panggil kami semua, duduk berhampiran bapak, untuk mengucup bapak.....dimulakan oleh mak, anak-anak, menantu dan cucu-cucu....kucupan terakhir ku untuk bapak, ciuman didahi dan kali ini aku kucup dahi bapak lama-lama, panjang, kerana aku tahu ini akan menjadi kucupan terakhir untuk bapak dariku...sedih, sanagt sedih, masih sempat kubisikkan dalam hati apa yang kurasakan untuk bapak semasa kucium dahinya....ingin sahaja ku peluk bapak kuat-kuat.....tak nak melepaskannya...tapi tak terzahir perbuatan itu, kerana ku tahu perbuatanku itu hanya menambah beban kepada bapak...bapak ingin pergi dengan tenang.....dan bapak pergi cukup dengan kehadiran semua, isteri, anak, menantu dan cucu-cucu....dan sempat diiringi oleh adik beradiknya, cuma satu yang tidak dapat hadir, tinggal diSingapura...walaupun bapak yang bongsu, bapak adalah yang pertama meninggalkan dunia ini, disaksikan abang dan kakak-kakaknya...terdengar kata bapak yang selalu bersyukur diatas adanya semua adik-beradiknya didunia ini...rupanya janji tuhan, dia yang pertama pergi.....

1230 selesai urusan dirumah, bapak sedia untuk meninggalkan rumah ini, rumah yang telah didiaminya 32 tahun, hampir seusia denganku..bapak akan dibawa pergi...dan sebelum pergi, kedengaran suara Abang Mal, meninggalkan pesanan terakhir dari pihak bapak....meminta segala dosa bapak diampunkan, minta segala hutang dihalalkan atau dituntut...airmataku berlinangan tak henti-henti....tak tertahan-tahan....bapak akan pergi, pergi tinggalkan kami....bapak disembahyangkan di masjid teluk intan, selepas zohor bapak dikebumikan...alhamdulillah, syukur kepada Allah, segalanya berjalan lancar, dipermudahkan untuk bapak....masih terngiang-ngiang kata bapak, bapak suka cepat-cepat, bapak tak suka bertangguh, bapak tak nak menyusahkan anak-anak....memang dimakbulkan Allah kehendak bapak, urusan hari tuh berjalan cepat, tanpa perlu bertangguh, semuanya telah tersedia...Bapak tak pernah menyusahkan kami adik-beradik, tapi selalunya kami yang akan akan minta pertolongan dari bapak...ada masalah, bagitau bapak, bapak akan cuba mengusahakannya.....itulah pengertian kasih seorang bapak...

12 ogos 2010 bersamaan 2 ramadan 1432H

bapak, dah 19 hari bapak pergi, pergi yang tak kembali...ramdan tahun ini berbeza tanpa kehadiran bapak, mak lebih merasainya....teman hidupnya telah tiada....mak memang rindukan bapak...kain yang bapak beli untuk mak bagi menyambut hari raya tahun ini masih belum mak jahit...mulanya mak tak mahu ia dijahit, mak tak tahan melihatnya, tapi aku kata pada mak, mesti bapak nak mak jahit baju tuh, pemberian bapak pada mak yang terakhir sebelum pergi, sehari sebelum pergi....aku pun rindu bapak, cuma tak nak tunjukkan sangat depan mak, takut mak bertambah sayu dan sedih....waktu malam, bila semuanya telah hanyut diulit mimpi, ketika itulah aku lebih merindui bapak, rindu yang teramat...lelaki yang menjaga aku dari kecil hingga keakhir hayatnya kini telah tiada, tapi hajat bapak untuk melihat anaknya berjaya sehingga peringkat phd tidak kesampaian ketika hayatnya, tapi tetap akan aku kotakan...bapak adalah salah satu pemangkin kejayaan aku, dorongan, pesanan, hajat dan doanya sentiasa mengiringi perjalananku sehingga akhir perjalanannya didunia...untuk bapak, semoga bapak tenang disana, dipermudahkan segalanya untuk bapak.....dan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman...

aku tetap akan rindu bapak...al-fatihah..

14 mac 2010, gambar terakhir aku, kak ila, kak ita, dan mak bersama bapak..

SURIA BINTI SULAIMANhttp://www.blogger.com/profile/07635632875376024622noreply@blogger.com4