Friday, 1 July 2011

selamat hari jadi sayang....

kesibukan menjadikan aku lupa salah satu tarikh penting dalam bulan ini....kebetulan telefon kong, adoila....sedangkan telefon adalah satu daripada benda penting dalam hidup sekarang ini...selalunya, reminder yang diletakkan didalam telefon berupaya mengingatkan aku kepada tarikh-tarikh penting yang perlu diingati......

8 pagi, sibuk menyiapkan diri kerana sebentar saja lagi tukang urut akan datang untuk mengurut, maklumla orang dalam berpantang...hari ini adalah hari pertama mengurut, dan selalunya akan dilakukan selama 3 hari berturut-turut, dan pada hujung tempoh berpantang, akan ditutupi dengan sekali lagi urutan....jika dulu, aku berpantang dirumah mak, diteluk intan...ketika itu bapak masih ada...dialah orang yang akan menjadi sibuk sekali mencari tukang urut disekitar...tapi untuk anak yang kali ini, bapak sudah tiada, lalu kuputuskan untuk berpantang diutara sahaja, sementelah mak pun tinggal bersamaku, hasya pun sudah bersekolah...kalau dikampung siapa pula yang nak melihat makan minum dia nanti.....jadi, tukang urut ini dikenalkan oleh jiranku...alhamdulillah, jiran banyak membantu...kak siti dan abang rozi....tidak lokek berkongsi pengalaman dan menghulurkan bantuan bila perlu....

sedang sibuk diurut, suamiku yang bercuti berkata pada sianak....hari ini adalah hari yang istimewa.....terbeliak mataku...alamak, berapa tarikh hari ni, lalu ku bertanyakan pada suami...hari ni 29 ker?? tersenyum dia......adoila, sorila sayang....dah tak ingat dah tarikh....kesibukan keluar dan masuk hospital sejak 2 minggu yang lalu membuatkan aku tidak peduli lagi tarikh.....tapi yang bagusnya, birthday telah disambut terlebih dahulu sebelum itu, dirumah mak di gombak dan di rumah abang mal di teluk intan.....kebetulan anakku yang kedua berkongsi bulan yang sama dengan si suami.....jadi telah ku sambut awal seiring dengan birthday zeehan, dan father's day, sebab ku tahu keberangkalian untuk bersalin di hujung bulan adalah besar......jadi memang tak sempat.....takla rasa bersalah sangat...

jadi untuk MOHAMAD HARIS FADILAH...

selamat hari jadi yang ke 36,

untuk seorang yang mula kupanggil SIR,
untuk seorang yang pernah menjadi rakan sekerja,
untuk seorang yang pernah menjadi bos,
untuk seorang yang kupanggil teman,
untuk seorang yang pernah kuanggap teman tapi mesra..

untuk dia yang selamanya menjadi kekasih hatiku,
untuk dia yang kini suamiku,
untuk dia yang kini daddy kepada cahayamataku,
untuk dia "the other half" ku,
untuk dia ketua keluargaku......

semoga harimu menjadi lebih baik dari semalam,
semoga segala mimpimu yang indah menjadi realiti yang juga indah,
semoga segala impianmu dapat digapai dek tangan,
semoga terlaksana segala tanggungjawabmu kepada semua,
semoga segala cinta dan cita kita yang termeteri teguh selamanya,
ditinggalkan semalam tetapi tetap menjadi sejarah,
dipandang kehadapan untuk hidup yang lebih indah.....

untukmu selamat hari jadi sayang......
doaku semoga sayang sentiasa dididalam keberkatan dan lindungan-Nya,
dikurniakan rezeki yang murah,
diberikan kesihatan dan ilmu yang bermanfaat,
dan bahagiamu berpanjangan di dunia dan akhirat.....

Saturday, 11 June 2011

Suatu ketika.....

Suatu ketika,
Aku pernah ada harapan,
Aku pernah ada impian,
Aku pernah ada hati,
Itu di suatu ketika...

Di suatu ketika,
Aku pernah mempunyai angan-angan,
Aku pernah mempunyai hati yang sangat kental,
Aku pernah mempunyai kesabaran,
Itu di suatu ketika....

Di suatu ketika,
Aku pernah dikecewakan,
Aku pernah ditaburkan janji-janji yang tidak dipenuhi,
Disajikan dengan pembohongan tanpa henti,
Itu di suatu ketika....

Suatu ketika,
Aku mengutip kembali hati yang telah retak berderai,
Ku cantum kembali menjadi satu walau ia tetap terhempas berkali-kali,
Walau ia meninggalkan corak retak seribu tetap ku kutip jua,
Itu disuatu ketika....

Suatu ketika,
Aku tidak ingin lagi harapan,
Tidak ingin lagi impian,
Tidak ingin lagi mengutip sisa hati yang telah retak itu...

Hingga di suatu ketika,
Aku hanya ingin hati yang baru,
Membina harapan dan impian yang juga baru,
Supaya aku tak perlu lagi mencantum hati itu...

Hingga tibanya ketika itu,
Aku hanya mengharapkan yang terbaik untukku,
Untukmu dan untuk dia,
Hingga tiba ketika itu.....

Friday, 8 April 2011

THE POWER OF HUGS

why women need to be hugged???

1. Hormon (oksitoksin)

when your spouse hugged you, automatically oksitoksin will be released from your body..this hormon have a reaction to the body whereby those being hugged will feel close and the level of intimacy will increased...

2. food for the soul

women who received hugs will have more stabile emotion, and feel safe, secure and more loved by the spouse..it is the same as a baby, whereby they will automatically stop crying when you hugged them....interesting....

spontaneus hugs will make the other half feel happier, try it! hugs without the intention of sex activity will add happiness to the marriage...

love is in the air... so why wait????

hugs your love one now....and make it a habit.....by the way, do not to this to the one that u are forbidden to hug!!! (salah disisi agama dan etika ye...).

Saturday, 19 March 2011

CHATTING DAN FB

Bila meliha trend facebook yang semakin menular dikalangan semua golongan usia, tak kira samada tua atau muda, kecil atau besar, lelaki atau perempuan...teringat dikala chatting menjadi trend dizaman pengajianku dahulu....dahulu, mempunyai laptop ataupun desktop sendiri adalah sesuatu yang agak tinggi kosnya, hanya sebilangan sahaja antara kami yang mepunyai komputer sendiri. Jadi dirumah sewa kami, ada 2 buah desktop, laptop dan untuk memudahkan kami untuk mencari bahan bagi membuat assignment yang diberikan pensyarah, telah dimasukkan satu line internet dirumah sewa itu.....

Pada permulaannya, internet dilayari seperti biasa, sehinggalah datangnya trend chatting....aduhai, ketika itu terpaksa menunggu untuk menggunakan komputer dirumah, ada antara kami yang sanggup tidur dahulu dan meninggalkan pesanan kepada kawan untuk mengejukkan sekiranya telah selesai menggunakan internet. Melalui chatting, pelbagai rakan diperolehi, dan ada antaranya yang memberikan informasi yang sebenar mengenai diri mereka tapi ada juga antaranya yang suka menyamar menjadi mereka yang lain, dengan nama yang lain, umur yang berlainan dan latarbelakang yang bukan diri mereka yang sebenarnya. Bila berjumpa, barulah sedar yang ada antara rakan siber tadi sebenarnya hanyalah pelajar belasan tahun, heheh, tak kurang juga yang memberikan informasi yang berlainan ketika berjanji untuk berjumpa, bukan apa..nak tengok dulu orangnya macam mana, sekiranya mengerikan atau tidak seperti yang dijangkakan, ditinggalkan sahaja........ 

Unsur chatting ini membawa kesan yang positif dan negatif pada setiap individu. Ada yang terpedaya, dan bila berjumpa dengan individu yang sebenar, dia bukanlah seperti yang digambarkan dan fikiran. Dan ada juga yang tertipu, dan sanggup menggadaikan wang ringgit tak kira juga maruah hanya kerana kawan internet ini. Permulaannya dari seorang rakan sembang di layar cyber, menjadi rakan talian di telefon, berjumpa dan akhirnya termakan dengan segala tipu daya....tetapi tidak dinafikan juga yang rakan siber ini juga banyak memberi kesan positif kepada sesetengah individu. Jika kena gayanya, betul orangnya, rakan siber ini boleh membantu kita dalam banyak cara- nasihat, networking, pengalaman dan sebagainya. Tak dinafikan ada juga yang membawa perkenalan ini sehingga ke jinjang pelamin, pasangan seumur hidup......

Jadi padaku, ini juga sama dengan facebook. Sebagai individu, kita sendiri mesti mampu menapis segala informasi yang ada. Mesti mampu membezakan yang mana yang baik dan buruk, yang mana yang boleh diteladani dan mana yang harus dijauhi. Jangan disalahkan teknologi sekiranya sesutu yang buruk berlaku, teknologi hanyalah satu device, kita yang menggunakannya samada ke jalan yang baik atau buruk. Hanya satu pesananku, tapislah sedikit gambar atau informasi yang diberikan kerana kadang-kadang ia boleh memberikan impak dan tanggapan yang berlainan kepada setiap individu. Ada yang menyatakan yang mereka in a relationship/ married  tetapi pasangan yang dikahwini adalah daripada jantina yang sama...aduhai, pening melihatnya....

Setiap yang baik itu datangnya dari Yang Esa, yang buruk itu datangnya dari kita sendiri........

Wednesday, 26 January 2011

MEMORI DI ITM- TAHUN-TAHUN YANG INDAH SEORANG PELAJAR DIPLOMA....PART 1

Teringat aku segala memori-memori yang indah ketika bergelar seorang pelajar- diploma pengurusan hotel dan pelancongan...ketika itu UiTM masih lagi dikenali sebagai ITM, jadi gelaran pelajar lebih sesuai digunakan berbanding siswazah ketika itu....kenangan ketika diploma begitu penuh dengan warna-warni, tiada apa yang perlu difikirkan, hanaya perlu belajar dan menikmati hidup sebagai seorang pelajar dengan gembiranya.....

Sebetulnya jurusan hotel dan pelancongan memang tidak ada dalam kamus hidupku, tidak pernah terlintas walau sekalipun ketika disekolah rendah atau menengah akan melanjutkan pelajaran dalam bidang ini, malah ia juga agak kurang popular ketika itu...maklumlah ketika itu masyarakat masih lagi belum bersikap terbuka mengenai jurusan ini, lebih berfikiran negatif...tanggapan mengenai bekerja di hotel masih dilihat signifikan dengan unsur-unsur negatif dan masalah sosial dalam masyarakat......tapi bagi aku ketika itu, lebih memandang kepada benda yang baru dalam industri...ketika mengisi borang rasa macam best ajer course ni, bisikku didalam hati....lagipun keputusan SPMku yang tidak begitu memberansangkan berbanding kawan-kawan yang lain telah menghadkan pilihan...itulah, banyak sangat main di sekolah..walaupun sekolahku namanya gah seantero Malaysia, tetapi kalau kurang berusaha, akhirnya hanya mampu mendapat pangkat 1 yang hujung-hujung sahaja la......tetapi aku tetap bersyukur, kerana setiap yang terjadi ada hikmahnya...dan salah satunya, aku telah ditunjukkan jalan ini-Diploma PEngurusan Hotel di ITM Shah Alam.....

kenapa kukatakan hikmah???pertamanya, aku anak bongsu dalam keluarga...manja, kurang membuat kerja rumah terutamanya selepas bersekolah diasrama penuh di selatan tanah air....skill untuk memasak, huih jauh sekali ketika itu....belajar di ITM telah membuka ruang kepadaku menambahkan skil yang memang tiada, dari seorang yang zero dalam memasak, kepada seorang yang tahu memasak, taklah terror memasak, sekurang-kurangnya ketika itu tahu la jugak jenis herba, ikan, sayuran, cara memasak.....yang lebih memalukan, sesetengah pelajar lelaki lebih pandai memasak didapur berbanding perempuan, aku la antaranya.....pernah suatu ketika, donut ku tidak menjadi, manakala ada adunan donut pelajar lelaki gebu2 belaka...huih malu sungguh.......siap diberikan dough kepadaku untuk menutup ketidak terroran aku itu dan mengelakkan aku daripada dimarahi pensyarah.....hehehehe...terima kasih kawan, jasamu dikenang.....

itu antara pengalaman awal di tahun pertama diploma..... ada banyak lagi cerita yang lain ingin kukongsi di masa yang lain.....cuma satu pesanku.....setiap satu yang berlaku pasti ada hikmahnya....kita perlu berusaha untuk menjadikan impian kita itu suatu realiti...jangan takut untuk mencuba dan peluang yang sama jarang-jarang datang berkali, jadi gunakanlah sebaiknya......contohnya aku: kadang-kadang bila kufikirkan kembali alangkah bagusnya kalau aku belajar bersungguh-sungguh ketika di asrama penuh, boleh pegi belajar over sea macam kawan-kawan yang lain....tapi bila difikirkan hikmah disebalik kejadian, alhamdulillah, Allah tahu yang terbaik untuk kita.......aku bersyukur kerana ini menjadikan siapa aku hari ini....

berjumpa di entri yang lain.....

Friday, 31 December 2010

Bila melihat kejayaan anak didik......

aku memang bangga melihat kejayaan semua anak-anak didikku....berjaya menghabiskan sesi pembelajaran dengan jayanya, memperolehi apa yang diinginkan, mendapat pekerjaan dan memanfaatkan ia di jalan yang benar....lebih membanggakan melihat semangat sebahagian dari mereka yang mempunyai kekuatan untuk membuka perniagaan sendiri...kedai menjual aksessori, t-shirt, kasut, burger, membuat pastri dan kek...amat bangga walaupun sebahagiannya tidak mempunyai premis perniagaan sendiri , hanya menggunakan alam maya sebagai medium perantaraan, melalui blog, facebook dan selainnya......

untuk yang bekerja dalam industri, amat seronok bila mengetahui peningkatan mereka dalam bidang pekerjaan..dari hanya seorang waiter, sekarang sudah menjadi captain, dari seorang commis, sekarang telah meningkat kerjayanya....dan yang bekerja dibidang lain juga tidak kurang hebatnya, ada yang menjadi pensyarah, dan kini sudah boleh duduk bersembang bersamaku, bukan lagi sebagai pelajar tetapi rakan sekerja...sungguh cepat masa berlalu...sedar tak sedar sudah hampir 9 tahun aku menjadi warga kerja uitm....

untuk mereka ini dan untuk mereka yang lain juga, semua bekas anak-anak didikku, semoga kalian memanfaatkan ilmu dan pengalaman yang ada sebaiknya, dan jangan sesekali alpa dengan segala kejayaan yang dikecapi hari ini....dan sesekali lupa mereka yang ada dibelakangmu yang sentiasa menyokong dari segi fizikal dan mental, wang, semgat dan dorongan dan selainnya.....tanpa mereka dan tanpa penentuan dan kehendak Yang Esa, entah siapalah kita hari ini agaknya.....selamat tahun baru, semoga bahagia dan ceria selalu....... 

Wednesday, 1 December 2010

PENCOPET KECIL DI McD.......

Ini bukan pengalaman ku...tetapi pengalaman suami dan anak-anakku ketika berkunjung disalah satu lokasi McD...ketika sibuk melayan anak-anaknya bermain di Playland, tiba-tiba anak sulungku berkata...."Daddy, ada orang ambil air kita..." tercengang suamiku melihatkan gelagat anak kecil itu, berusia dalam 5 tahun, dengan selambanya mengambil bekas air mereka dan berlalu...pada awalnya, suamiku memikirkan kemungkinan yang anak kecil itu tersalah ambil bekas air tapi tidak....anak kecil tadi pergi ke sinki, membasuh bekas air tersebut dan seterusnya pergi ke kaunter untuk meminta tambahan air memandangkan McD menyediakan sistem refill air secara percuma.....tercengang suamiku melihatkan kejadian tersebut.....

Itu pengalaman pertama, di waktu petangnya, suamiku dan anak-anak pergi ke McD sekali lagi, dan bertemu dengan si kecil tadi yang masih melakukan pekerjaan yang sama..pada amatan suamiku, si kecil ini disuruh oleh kanak-kanak yang lebih besar umurnya untuk melakukan pekerjaan tersebut, dan si kecil ini dilihat dimarahi oleh kanak-kanak yang lebih besar itu, seperti pembulian lagaknya....apabila si kecil melintasi tempat duduk suamiku, suamiku bertanya datang dari mana....tetapi dengan pantas si kecil itu memusingkan pertanyaan itu dengan bertanya benda yang sama kepada suamiku...cerdik budak ini....seperti telah dilatih....yang bermakna mereka telah biasa melakukan pekerjaan tersebut.

Suamiku menceritakan peristiwa ketika pulang kerumah...memikirkan perkara tersebut, terasa kasihan memikirkan anak kecil seperti itu telah dieksplotasi, ...telah diajar mencuri dari kecil..walaupun kes ini kelihatan seperti kes minor, tetapi ia boleh membawa kepada kes yang lebih besar kelak, terbawa-bawa sehingga dewasa...aku sedar, ada kanak-kanak yang kurang berkemampuan, tetapi mahu merasa apa yang mereka yang lain rasa, tetapi padaku ini bukan caranya....kebih-lebih lagi jika barang yang diambil itu makanan, yang kemudian akan menjadi darah daging kita juga...dan perkara yang dibuat itu juga salah, walaupun dilihat kecil....fikirkanlah.......