wah...lama gila tak update blog....bertahun tahun.....skill menulis pon dah hilang...ni nak brush up balik skill menulis yang ada...I know...
I SHOULD READ MORE AND WRITE MORE!!!
nak insaf balik la...nak start menulis balik...nak dapat balik feel tuh...so stay tune....!!!
aku, dia, mereka dan phd...
Wednesday, 1 October 2014
Thursday, 8 September 2011
HIDUP INI SENTIASA ADA PILIHAN.....
hidup ini akan sentiasa ada pilihan.....
jika berjalan, boleh memilih untuk ke kanan, ke kiri dan sebagainya......
jika belajar, kita boleh menjadi pelajar yang malas atau rajin......
ketika peperiksaan, boleh memilih untuk menjawab dengan jujur atau dengan toyol didalam poket atau meniru kawan disebelah....
ketika hendak mencari pekerjaan, boleh memilih untuk terus menunggu pekerjaan yang dicitakan atau mengambil apa sahaja peluang di depan mata.....
pekerjaan yang menjanjikan hasil pendapatan yang halal atau dari jalan songsang....
ketika berkawan, boleh memilih kawan yang baik atau sebaliknya,
ketika berfesyen, boleh memilih yang mahal atau yang seadanya, yang mengikut aliran atau tenggelam ditelan zaman,
yang dituntut agama atau sebaliknya,
ketika mencari teman hidup, boleh memilih mengikut citarasa atau ciri-ciri yang didambakan atau mengikut tuntutan agama,
ketika hendak berkahwin, boleh dibuat besar-besaran, kecil-kecilan atau beserdehana sahaja...
sudah berkahwin, boleh memilih untuk kekal berlagak seperti zaman bujang atau seperti mereka yang telah berumahtangga,
ketika rumahtangga menuju kehancuran, boleh memilih untuk terus kekal dalam rumahtangga tersebut, berusaha untuk memperbaikinya, atau melupakan sahaja si dia dan membina hidup yang baru,
ketika sesat, boleh terus kekal dalam kesesatan atau berusaha untuk keluar dari kesesatan tersebut,
ketika dirundung malang, boleh terus menyalahkan mereka dan alam sekitar atau memilih untuk muhasabah diri sendiri,
ketika diri miskin, boleh terus sahaja didalam keadaan yang sama atau cuba membina kehidupan yang lebih baik di masa depan....
tika diri mempunyai banyak kekurangan atau kekhilafan, boleh terus kekal sebegitu atau cuba menjadi insan yang lebih baik,
baik untuk diri sendiri, si dia, keluarga, untuk mereka, masa depan, dunia dan akhirat.....
hidup ini akan sentiasa ada pilihan,
jadi jangan salahkan keadaan....
kita yang menentukan dan dengan izin-Nya......
Friday, 29 July 2011
setahun selepas bapak pergi.....
sedar tak sedar sudah setahun bapak pergi meninggalkan kami semua...25 julai 2010, tarikh keramat bapak pergi meninggalkan kami semua....aku redha, kita juga akan pergi kesana...hanya masa yang berbeza.....
rindu bapak, mak pun acapkali membicarakan perihal pemergian bapak......tapi aku membiarkan mak berbicara tanpa menambah banyak, tidak mahu mak mengingati terlalu banyak, hati tua itu ku tahu amat merindui kekasih hatinya....sekiranya ku layan, aku pun aku tewas...airmataku akan tewas....apatah lagi mak....nanti kelihatan dua beranak ini menangisi insan tersayang yang telah pergi......ketika ini, ketika aku menaip entri ini, mak sedang berada di hadapanku dan membicarakan pasal bapak, mengira bahawa sudah 2 tahun bapak tak bersama berpuasa bersama kami...oh, mak.....
seketika tadi, kebetulan aku membuka folder gambar didalam laptop, ku buka folder gambar anak lelakiku....terlihat gambar ketika zharfan masih kecil, dalam pantang....ada iras-iras sedikit dengan anak baruku, kaisah....ku bawa laptop dan ku tunjuk gambar tersebut kepada mak, ku tekan anak panah satu persatu sambil bertanya keseirasan mereka berdua itu...... dan tiba-tiba, keluar gambar bapak memegang cucunya itu....aduhai bertambah lagi rindu mak....ditatap mak gambar tersebut.....seketika....ku biarkan....ku ulang sekali lagi.....dan kemudian...aku alihkan topik dan ku bawa laptop ke tempat lain....aduhai.......dan terus ku buka blog untuk menulis enttri ini....dan mak dari ketika ke ketika membicarakan perihal bapak, baju yang bapak pakai di dalam gambar tersebut, yang disukai bapak, dan dipakainya selalu.....sambil mendengar, tanganku menaip entri.... menahan airmata yang bertakung....
dan ini adalah antara gambar yang ditatap mak tadi, gambar mak, bapak dan zharfan......
dan kemeja itulah yang dikatakan oleh mak....kemeja merah kotak-kotak......zharfan cucu terakhir yang sempat ditatap bapak.....kaisah nadhilah tidak sempat merasai kasih atuk, baik dari belahku atau belah suamiku...teringat betapa sukanya bapak mengagah cucu yang masih kecil....ah, itu semua kenangan yang tidak akan dilupakan..
bapak, setahun bapak pergi...kami semua merindui bapak...semoga bapak tenang disana...al-fatihah......
Wednesday, 6 July 2011
MENCARI KEBENARAN DIDALAM PERKAHWINAN....
Terpikat dengan post seorang teman di FB berbunyi lebih kurang begini....
"siapa yang mencari kebenaran akan bertemu kebahagiaan"
"siapa yang mencari kebenaran akan bertemu kebahagiaan"
iye, benar....kebenaran akan menemukan kita kepada kebahagiaan....tetapi terlalu obses mencari kebenaran mungkin akan mengundang lebih kekecewaan dan kelukaan....teman itu turut bersetuju dan menyatakan segalanya perlu besederhana seperti sunah Nabi....besederhana dalam semua aspek.....
janganlah terlalu mencari kebenaran terutamanya dalam kehidupan berumahtangga, itu sesuatu yang kupelajari.....kehidupan pasangan sebelum bersama dengan kita, siapa kekasihnya sebelum kita atau lain-lain hal yang boleh menimbulkan emosi negatif didalam kehidupan....tetapi jangan pula terlalu mengambil lewa kehidupan pasangan kita setelah bersama dengan kita....setelah dinikahkan, telah diberikan "the six sense" kepada setiap pasangan suami isteri itu...itu adalah hakikatnya, suatu kebenaran yang tidak boleh dinafikan...sekiranya terdetik rasa tidak sedap hati, mungkin ada sesuatu yang tidak baik berlaku, mungkin pasangan sakit, mempunyai teman tapi mesra yang lain atau yang selainnya....mungkin itu berlaku....tetapi janganlah menuduh tanpa mempunyai bukti yang kukuh....dan perlu muhasabah diri sendiri juga...mungkin ianya berpunca dari kita juga yang kadangkala mengambil mudah akan sesuatu itu, mengambil kesempatan atas kebaikan pasangan atau yang lainnya....yang pentingnya, sentiasa berkata benar dengan pasangan, jangan ditipu pasangan itu kerana dia akan tahu, samada cepat atau lambat, dia akan tahu juga..... kerana dia adalah separuh dari diri kita.."the other half"...
teringat kata teman yang lain yang maksudnya lebih kurang begini...
"kita perlu menjaga hati kita....itu yang penting....jangan diselidik hingga ke dalam segalanya kerana kita memang arif hal itu dan kita akan menemui sesuatu yang mungkin melukakan hati kita akhirnya....hanya ambil apa yang dikatakan oleh pasangan dan cuba percaya kepadanya, semua yang ada didunia ini hanya sementara, yang tak kekal selamanya, jika kita terlalu obses mencari kebenaran, disinilah syaitan akan mengambil kesempatan..."
benar....didalam kehidupan didunia ini, semuanya adalah pinjaman semata-mata...harta, pasangan, keluarga, kerjaya, kejayaan, kesihatan...semuanya adalah sementara...yang abadinya cuma di sana.... kita mencuba menjadi yang terbaik untuk didunia dan diakhirat.... melaksanakan tanggungjawab yang digalaskan....kebenaran akan membawa kita untuk menjadi mereka yang lebih baik tetapi jangan terlalu obses mencari kebenaran...
Friday, 1 July 2011
selamat hari jadi sayang....
kesibukan menjadikan aku lupa salah satu tarikh penting dalam bulan ini....kebetulan telefon kong, adoila....sedangkan telefon adalah satu daripada benda penting dalam hidup sekarang ini...selalunya, reminder yang diletakkan didalam telefon berupaya mengingatkan aku kepada tarikh-tarikh penting yang perlu diingati......
8 pagi, sibuk menyiapkan diri kerana sebentar saja lagi tukang urut akan datang untuk mengurut, maklumla orang dalam berpantang...hari ini adalah hari pertama mengurut, dan selalunya akan dilakukan selama 3 hari berturut-turut, dan pada hujung tempoh berpantang, akan ditutupi dengan sekali lagi urutan....jika dulu, aku berpantang dirumah mak, diteluk intan...ketika itu bapak masih ada...dialah orang yang akan menjadi sibuk sekali mencari tukang urut disekitar...tapi untuk anak yang kali ini, bapak sudah tiada, lalu kuputuskan untuk berpantang diutara sahaja, sementelah mak pun tinggal bersamaku, hasya pun sudah bersekolah...kalau dikampung siapa pula yang nak melihat makan minum dia nanti.....jadi, tukang urut ini dikenalkan oleh jiranku...alhamdulillah, jiran banyak membantu...kak siti dan abang rozi....tidak lokek berkongsi pengalaman dan menghulurkan bantuan bila perlu....
sedang sibuk diurut, suamiku yang bercuti berkata pada sianak....hari ini adalah hari yang istimewa.....terbeliak mataku...alamak, berapa tarikh hari ni, lalu ku bertanyakan pada suami...hari ni 29 ker?? tersenyum dia......adoila, sorila sayang....dah tak ingat dah tarikh....kesibukan keluar dan masuk hospital sejak 2 minggu yang lalu membuatkan aku tidak peduli lagi tarikh.....tapi yang bagusnya, birthday telah disambut terlebih dahulu sebelum itu, dirumah mak di gombak dan di rumah abang mal di teluk intan.....kebetulan anakku yang kedua berkongsi bulan yang sama dengan si suami.....jadi telah ku sambut awal seiring dengan birthday zeehan, dan father's day, sebab ku tahu keberangkalian untuk bersalin di hujung bulan adalah besar......jadi memang tak sempat.....takla rasa bersalah sangat...
jadi untuk MOHAMAD HARIS FADILAH...
selamat hari jadi yang ke 36,
untuk seorang yang mula kupanggil SIR,
untuk seorang yang pernah menjadi rakan sekerja,
untuk seorang yang pernah menjadi bos,
untuk seorang yang kupanggil teman,
untuk seorang yang pernah kuanggap teman tapi mesra..
untuk dia yang selamanya menjadi kekasih hatiku,
untuk dia yang kini suamiku,
untuk dia yang kini daddy kepada cahayamataku,
untuk dia "the other half" ku,
untuk dia ketua keluargaku......
semoga harimu menjadi lebih baik dari semalam,
semoga segala mimpimu yang indah menjadi realiti yang juga indah,
semoga segala impianmu dapat digapai dek tangan,
semoga terlaksana segala tanggungjawabmu kepada semua,
semoga segala cinta dan cita kita yang termeteri teguh selamanya,
ditinggalkan semalam tetapi tetap menjadi sejarah,
dipandang kehadapan untuk hidup yang lebih indah.....
untukmu selamat hari jadi sayang......
doaku semoga sayang sentiasa dididalam keberkatan dan lindungan-Nya,
dikurniakan rezeki yang murah,
diberikan kesihatan dan ilmu yang bermanfaat,
dan bahagiamu berpanjangan di dunia dan akhirat.....
Saturday, 11 June 2011
Suatu ketika.....
Suatu ketika,
Aku pernah ada harapan,
Aku pernah ada impian,
Aku pernah ada hati,
Itu di suatu ketika...
Di suatu ketika,
Aku pernah mempunyai angan-angan,
Aku pernah mempunyai hati yang sangat kental,
Aku pernah mempunyai kesabaran,
Itu di suatu ketika....
Di suatu ketika,
Aku pernah dikecewakan,
Aku pernah ditaburkan janji-janji yang tidak dipenuhi,
Disajikan dengan pembohongan tanpa henti,
Itu di suatu ketika....
Suatu ketika,
Aku mengutip kembali hati yang telah retak berderai,
Ku cantum kembali menjadi satu walau ia tetap terhempas berkali-kali,
Walau ia meninggalkan corak retak seribu tetap ku kutip jua,
Itu disuatu ketika....
Suatu ketika,
Aku tidak ingin lagi harapan,
Tidak ingin lagi impian,
Tidak ingin lagi mengutip sisa hati yang telah retak itu...
Hingga di suatu ketika,
Aku hanya ingin hati yang baru,
Membina harapan dan impian yang juga baru,
Supaya aku tak perlu lagi mencantum hati itu...
Hingga tibanya ketika itu,
Aku hanya mengharapkan yang terbaik untukku,
Untukmu dan untuk dia,
Hingga tiba ketika itu.....
Aku pernah ada harapan,
Aku pernah ada impian,
Aku pernah ada hati,
Itu di suatu ketika...
Di suatu ketika,
Aku pernah mempunyai angan-angan,
Aku pernah mempunyai hati yang sangat kental,
Aku pernah mempunyai kesabaran,
Itu di suatu ketika....
Di suatu ketika,
Aku pernah dikecewakan,
Aku pernah ditaburkan janji-janji yang tidak dipenuhi,
Disajikan dengan pembohongan tanpa henti,
Itu di suatu ketika....
Suatu ketika,
Aku mengutip kembali hati yang telah retak berderai,
Ku cantum kembali menjadi satu walau ia tetap terhempas berkali-kali,
Walau ia meninggalkan corak retak seribu tetap ku kutip jua,
Itu disuatu ketika....
Suatu ketika,
Aku tidak ingin lagi harapan,
Tidak ingin lagi impian,
Tidak ingin lagi mengutip sisa hati yang telah retak itu...
Hingga di suatu ketika,
Aku hanya ingin hati yang baru,
Membina harapan dan impian yang juga baru,
Supaya aku tak perlu lagi mencantum hati itu...
Hingga tibanya ketika itu,
Aku hanya mengharapkan yang terbaik untukku,
Untukmu dan untuk dia,
Hingga tiba ketika itu.....
Friday, 8 April 2011
THE POWER OF HUGS
why women need to be hugged???
1. Hormon (oksitoksin)
when your spouse hugged you, automatically oksitoksin will be released from your body..this hormon have a reaction to the body whereby those being hugged will feel close and the level of intimacy will increased...
2. food for the soul
women who received hugs will have more stabile emotion, and feel safe, secure and more loved by the spouse..it is the same as a baby, whereby they will automatically stop crying when you hugged them....interesting....
spontaneus hugs will make the other half feel happier, try it! hugs without the intention of sex activity will add happiness to the marriage...
love is in the air... so why wait????
hugs your love one now....and make it a habit.....by the way, do not to this to the one that u are forbidden to hug!!! (salah disisi agama dan etika ye...).
1. Hormon (oksitoksin)
when your spouse hugged you, automatically oksitoksin will be released from your body..this hormon have a reaction to the body whereby those being hugged will feel close and the level of intimacy will increased...
2. food for the soul
women who received hugs will have more stabile emotion, and feel safe, secure and more loved by the spouse..it is the same as a baby, whereby they will automatically stop crying when you hugged them....interesting....
spontaneus hugs will make the other half feel happier, try it! hugs without the intention of sex activity will add happiness to the marriage...
love is in the air... so why wait????
hugs your love one now....and make it a habit.....by the way, do not to this to the one that u are forbidden to hug!!! (salah disisi agama dan etika ye...).
Subscribe to:
Posts (Atom)