Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

Friday, 29 July 2011

setahun selepas bapak pergi.....

sedar tak sedar sudah setahun bapak pergi meninggalkan kami semua...25 julai 2010, tarikh keramat bapak pergi meninggalkan kami semua....aku redha, kita juga akan pergi kesana...hanya masa yang berbeza.....

rindu bapak, mak pun acapkali membicarakan perihal pemergian bapak......tapi aku membiarkan mak berbicara tanpa menambah banyak, tidak mahu mak mengingati terlalu banyak, hati tua itu ku tahu amat merindui kekasih hatinya....sekiranya ku layan, aku pun aku tewas...airmataku akan tewas....apatah lagi mak....nanti kelihatan dua beranak ini menangisi insan tersayang yang telah pergi......ketika ini, ketika aku menaip entri ini, mak sedang berada di hadapanku dan membicarakan pasal bapak, mengira bahawa sudah 2 tahun bapak tak bersama berpuasa bersama kami...oh, mak.....

seketika tadi, kebetulan aku membuka folder gambar didalam laptop, ku buka folder gambar anak lelakiku....terlihat gambar ketika zharfan masih kecil, dalam pantang....ada iras-iras sedikit dengan anak baruku, kaisah....ku bawa laptop dan ku tunjuk gambar tersebut kepada mak, ku tekan anak panah satu persatu sambil bertanya keseirasan mereka berdua itu...... dan tiba-tiba, keluar gambar bapak memegang cucunya itu....aduhai bertambah lagi rindu mak....ditatap mak gambar tersebut.....seketika....ku biarkan....ku ulang sekali lagi.....dan kemudian...aku alihkan topik dan ku bawa laptop ke tempat lain....aduhai.......dan terus ku buka blog untuk menulis enttri ini....dan mak dari ketika ke ketika membicarakan perihal bapak, baju yang bapak pakai di dalam gambar tersebut, yang disukai bapak, dan dipakainya selalu.....sambil mendengar, tanganku menaip entri.... menahan airmata yang bertakung....

dan ini adalah antara gambar yang ditatap mak tadi, gambar mak, bapak dan zharfan......
dan kemeja itulah yang dikatakan oleh mak....kemeja merah kotak-kotak......zharfan cucu terakhir yang sempat ditatap bapak.....kaisah nadhilah tidak sempat merasai kasih atuk, baik dari belahku atau belah suamiku...teringat betapa sukanya bapak mengagah cucu yang masih kecil....ah, itu semua kenangan yang tidak akan dilupakan..

bapak, setahun bapak pergi...kami semua merindui bapak...semoga bapak tenang disana...al-fatihah......

Friday, 12 November 2010

BERSEDERHANA DALAM BERBELANJA........

bersederhana itu amat dituntut dalam Islam....ia adalah satu perkara yang baik, yang perlu ada dalam diri setiap manusia.Konsep besederhana ini berbeza dari satu individu kepada individu yang lain, dan ia akan kembali kepada konsep kemampuan setiap individu itu....dari segi tenaga, wang ringgit dan dari persepsi yang lain.....

Janganlah kita terlalu menurut trend atau gaya hidup orang yang lain..sederhana bagi mereka itu mungkin tidak sama dengan sederhana kita......sekiranya seseorang itu mempunyai gaji yang besar, konsep sederhana bagi dirinya mungkin dengan memiliki kereta yang sporty, buatan luar negara, beratusan ribu ringgit harganya...tetapi bagi diri individu lain yang mempunyai gaji yang lebih kecil, konsep sederhana mereka dengan mempunyai kereta dibawah 100 ribu sahaja, atau mungkin kereta luar negara yang telah diguna pakai.....dan jangan pula kita dengki dan mengatakan yang individu yang mampu ingin menunjuk-nunjuk jika itu memang sederhana dengan kemampuan mereka....

Berbelanjalah mengikut kemampuan dan keperluan....sebagai contoh, jika ahli keluarga semakin bertambah, mungkin perlu bagi kita untuk menukar kepada kenderaan yang lebih besar....tetapi mengikut kemampuan.....yang penting ia tidak membebankan...apa gunanya kita berbelanja melebihi dari sepatutnya, sedangkan hakikatnya hutang kad kredit semakin bertambah, simpanan tidak pernah bertambah tetapi semakin berkurang dan ada kalanya terpaksa mengeluarkan simpanan anak-anak untuk menampung kos-kos yang lain.....itu realiti.....

Bagi yang masih bujang, jangan lupa tanggungjawab kepada ibu bapa....jangan terlalu mengikut trend terkini dan membelanjakan wang ditempat yang tidak sepatutnya....teringat kisah seorang ibu yang mahukan anak-anaknya yang masih bujang memiliki rumah dahulu kemudian baru berkereta...bila difikirkan, betul juga konsep tersebut...rumah aset yang berharga, kereta aset yang semakin susut nilainya....sekiranya sudah bekerja dan masih ada pinjaman pelajaran yang belum dilangsaikan, inilah masanya untuk membayar balik pinjaman tersebut...itu adalah tanggungjawab, yang akan dituntut didunia dan diakhirat kelak....fikirkan mereka yang lain yang memerlukan wang tersebut untuk menyambung pelajaran mereka....walau dipusingkan kemana pun, ia masih hutang yang perlu dibayar....fikirkanlah.....