Sunday, 21 November 2010

LEBUHRAYA OH LEBUHRAYA....

Pengalaman pulang ke kampung di malam hari raya Aidiladha yang lepas dirasakan seperti satu perjalanan yang panjang....hujan turun mengiringi kami dari Pulau Pinang sehinggala kami selamat sampai ke destinasi, desa tercinta Teluk Intan....kami bergerak dari rumah lebih kurang 530 petang....anak-anak seperti biasa teruja hendak pulang ke kampung, sibuk menyanyikan lagu Balik Kampung nyanyian arwah Sudirman...betapa mudahnya mereka mengingati lagu itu.......

Perjalanan lancar dari Pulau Pinang ke R&R Sungai Perak...hujan kadangkala gerimis, kadangkala turun dengan lebat...yang pastinya, ia berterusan.....selepas sahaja R&R Sungai Perak, perjalanan mulai perlahan....kami sangkakan ada kemalangan ngeri yang berlaku di kawasan berhampiran.....kemudian semakin perlahan bila tiba waktu mendaki bukit...hujan masih turun....kenderaan memang banyak.....suamiku mula memusing-musing, mencari siaran radio untuk mencari perkembangan terkini di laluan tersebut.....dan akhirnya, rupanya laluan sesak dan perlahan kerana adanya pembaikan cerun di arah menghala selatan berhampiran terowong.......aduh......hampir dua jam untuk melepasi kesesakan 11km......bayangkan.....

kelihatan di kiri jalan lebih daripada 20 buah kereta yang telah tersadai.....ku kira akibat kerosakan....sudahlah hari gelap, hujan, kesesakan lalulintas menyukarkan lagi pertolongan...faktor bukit dan cerun yang tinggi mungkin menyebabkan enjin kereta menjadi panas apabila pergerakan menjadi semakin perlahan...sungguh kasihan, terutama bagi mereka yang mempunyai keluarga dan anak-anak yang kecil.......terdampar didalam gelap......

benar kata mereka, rancanglah perjalanan anda terutama menjelang musim perayaan...silap kami kerana kami terlepas pandang adanya pembaikan cerun disitu, kurang mengambil tahu keadaan lalulintas semasa....kerana selepas sahaja melalui terowong, perjalanan ke Teluk Intan kembali lancar...alhamdulillah.....tetapi bila difikirkan, mungkin ada baiknya pihak Plus ataupun pengurusan lebuhraya menaikkan papan tanda untuk memberi informasi tentang apa yang berlaku dihadapan, terutamanya di musim perayaan, supaya para pengguna lebuhraya boleh mengambil jalan alternatif, susur keluar melalui Kuala Kangsar sebagai contohnya......ini boleh mengelakkan kadar kereta yang tersadai ditepi jalan disebabkan kerosakan, yang tentunya sukar untuk diberi pertolongan ketika jalan penuh sesak dan gelap gelita......yang pastinya, ia menjadi pengajaran buat diriku sendiri, untuk menjadi seorang yang lebih mengambil tahu........dan akhirnya kami tiba di Teluk Intan pada jam 11 malam...perjalanan 3 jam menjadi lebih 5 jam, tetapi syukur kepada Allah, semuanya selamat..........

Friday, 12 November 2010

BERSEDERHANA DALAM BERBELANJA........

bersederhana itu amat dituntut dalam Islam....ia adalah satu perkara yang baik, yang perlu ada dalam diri setiap manusia.Konsep besederhana ini berbeza dari satu individu kepada individu yang lain, dan ia akan kembali kepada konsep kemampuan setiap individu itu....dari segi tenaga, wang ringgit dan dari persepsi yang lain.....

Janganlah kita terlalu menurut trend atau gaya hidup orang yang lain..sederhana bagi mereka itu mungkin tidak sama dengan sederhana kita......sekiranya seseorang itu mempunyai gaji yang besar, konsep sederhana bagi dirinya mungkin dengan memiliki kereta yang sporty, buatan luar negara, beratusan ribu ringgit harganya...tetapi bagi diri individu lain yang mempunyai gaji yang lebih kecil, konsep sederhana mereka dengan mempunyai kereta dibawah 100 ribu sahaja, atau mungkin kereta luar negara yang telah diguna pakai.....dan jangan pula kita dengki dan mengatakan yang individu yang mampu ingin menunjuk-nunjuk jika itu memang sederhana dengan kemampuan mereka....

Berbelanjalah mengikut kemampuan dan keperluan....sebagai contoh, jika ahli keluarga semakin bertambah, mungkin perlu bagi kita untuk menukar kepada kenderaan yang lebih besar....tetapi mengikut kemampuan.....yang penting ia tidak membebankan...apa gunanya kita berbelanja melebihi dari sepatutnya, sedangkan hakikatnya hutang kad kredit semakin bertambah, simpanan tidak pernah bertambah tetapi semakin berkurang dan ada kalanya terpaksa mengeluarkan simpanan anak-anak untuk menampung kos-kos yang lain.....itu realiti.....

Bagi yang masih bujang, jangan lupa tanggungjawab kepada ibu bapa....jangan terlalu mengikut trend terkini dan membelanjakan wang ditempat yang tidak sepatutnya....teringat kisah seorang ibu yang mahukan anak-anaknya yang masih bujang memiliki rumah dahulu kemudian baru berkereta...bila difikirkan, betul juga konsep tersebut...rumah aset yang berharga, kereta aset yang semakin susut nilainya....sekiranya sudah bekerja dan masih ada pinjaman pelajaran yang belum dilangsaikan, inilah masanya untuk membayar balik pinjaman tersebut...itu adalah tanggungjawab, yang akan dituntut didunia dan diakhirat kelak....fikirkan mereka yang lain yang memerlukan wang tersebut untuk menyambung pelajaran mereka....walau dipusingkan kemana pun, ia masih hutang yang perlu dibayar....fikirkanlah.....

Monday, 8 November 2010

CARA MEMBUAT UMAI (SUSHI SARAWAK)

posting kali ni adalah resepi sushi dari sarawak...aku katakan sushi, kerana tidak perlu dimasak....sedap dihidangkan bersama nasi putih dan lauk yang lain....cara menyediakannya juga amat mudah...ini resepi umai dari mak saudara suami...Ngah....terima kasih Ngah...

bahan-bahan yang diperlukan....

Ikan kembung (2 ekor)
Perahan Jus Limau nipis (2 biji)
Cili merah (2 biji)
Cili padi (5 biji)
Bawang besar (1 biji)
Lengkuas 2 inci (dihiris halus)
Garam dan serbuk perasa


1. Ikan kembung yang telah dicuci dan dibersihkan, buang tulangnya. Hiriskan.
2. Masukkan jus limau nipis. Limau ini sebagai agen untuk memasakkan ikan tadi...kalau nak lagi banyak pun boleh, terpulang kepada citarasa.
3. Masukkan hirisan cili merah.
4. Masukkan cili padi yang telah ditumbuk, supaya lebih terasa kepedasannya.....
5. Masukkan hirisan bawang besar.
6. Masukkan hirisan lengkuas
7. Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.
8. Gaulkan. Sedia untuk dimakan.....kalau dibiarkan seketika lagi sedap, biar mesra.....
Selamat mencuba.......

Saturday, 6 November 2010

SELAMAT HARI JADI SAYANG.....

hari ni hari jadi anak sulung ku...puteriku, permata hatiku......harijadi yang ke-7....masa berlalu dengan begitu pantas. tanpa sedar, permata hati mummy dan daddy telah melangkah kedalam persekolahan.......begitu pantas...bila kuputar kembali kenangan 7 tahun itu.....pelbagai perasan bercampur gembira, duka, suka, penat....tetapi yang pastinya semua itu mematangkan aku...menjadi seorang yang lebih penyabar....walaupun adakalanya tercabar juga kesabaranku dengan kerenah ketiga-tiga permata hatiku ini.....

sepatutnya, kami meraikan harijadi puteri sulungku ini di Langkawi, sementelah suamiku mempunyai kerja di sana....tetapi disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, cadangan asal terpaksa dibatalkan...tergambar perasaan kecewa di mukanya ketika kunyatakan yang pelan asal terpaksa diubah, keadaan kesihatanku yang tidak mengizinkan aku membawa mereka kesana, kesian.....kecewa dia tetapi aku berjanji dengan dia bahawa aku akan membawanya ke tempat yang lain yang mempunyai apa yang diinginkan oleh kanak-kanak lebih dari segalanya- berkait rapat dengan air......apa lagi kalau bukan swimming pool dan laut.......tersenyum lebar dia mendengarkan janji ku itu.....dan keluhannya berhenti disitu.........menghitung hari untuk ketempat yang dijanjikan itu pula......anak.....anak......jangan sesekali berjanji dengan mereka jika tidak dapat dipenuhi......alamatnya, tak berhenti mengungkit sehingga janji itu dipenuhi......

hari jadi puteri sulungku sama nombornya dengan aku cuma lewat sebulan....aku 6 oktober, manakala hasya 6 november......kuberi nama HASYA SOFIYA, aku kurang membaca novel, bila orang disebelah katil dihospital mengetahui namanya, dia berkata macam nama penulis buku tu....tidak aku mengetahuinya, ku ambil nama itu dari kombinasi nama-nama pilihan dalam islam....Hasya- kesempurnaan dan SOFIYA- kesucian......menjaga dia semasa kecil sangat mencabar, suka menangis di waktu malam, suka tidur ditangan dan dipelukan....dan ia berlanjutan sehingga 6 bulan...bayangkan, bila hendak tidur perlu dibedungkan supaya tidurnya lebih lena, kalau kebiasaannya bayi dibedungkan dengan kain yang kecil, tapi hasya kami bedungkan dengan kain batik, maklumlah umur sudah 6 bulan tapi masih perlu dibedungkan....tersenyum mengingatkan suamiku membedungkan hasya, kemas....cukup kemas, macam parcel.....hahahaha, memang pasti tidak boleh terkeluar tangannya dari bedungan itu....tabik spring untuk suamiku, bedunganku tidak boleh menandinginya...dan diakui oleh ibuku....... itu antara kenangan yang tidak dapat dilupakan.....

untuk puteriku, semoga hidup tuan puteri mummy akan sentiasa dilindungi oleh-Nya, menjadi seorang anak yang soleh, yang boleh menjadi pembimbing kepada yang lain, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan, menjadi seorang yang berguna di dunia dan akhirat......kami akan sentiasa mendoakan yang terbaik untukmu, HASYA SOFIYA....

Saturday, 30 October 2010

BILA ANAK DIDIK PANJANG TANGAN......

sedih mendengar berita ini....bekas pelajarku di shah alam telah bertukar watak, menjadi PENCURI! dan yang lebih menyedihkan, tidak berapa lama selepas operasi mencurinya di salah sebuah restoran di pusat membeli-belah, dia telah ditangkap, dan menjadikan lebih tragis, operasi mencuri ini dilakukan bersama sanak-saudara....astagfirullah, mengucap panjang mendengar berita ini.....

rasanya baru lagi aku bertemu dengan ex-studentku ini, antara pelajar-pelajar yang awal menjadi anak didikku...seperti biasa, aku kenal wajah nya tapi lupa namanya......dan secara kebetulan, kami bertemunya direstoran tempatnya bekerja di ibu negara...dia menegurku....
"puan tak kenal saya ker? saya ex-student puan....." aku tersenyum...."kenal, tapi tak ingat nama...tak sangka awak kerja kat sini..."jawapku....hati berbunga dan bangga mendengarkan yang dia sudah agak lama bekerja disitu...nampak kematangannya....tahu mencari rezeki sendiri, dan seingatku, dia dalam kategori yang tak banyak cakap didalam kelas, low profile...tak seperti sebahagian kawan-kawannya yang lain...

dan semalam, aku mendengar berita mengenai kecurian itu, jumlah yang dicuri agak besar..boleh bayar tunai sebuah kereta Myvi....memikirkan kembali, apalah agaknya motifnya mencuri ini, kepuasan atau terdesak? semoga beliau insaf diatas perbuatannya....umur beliau masih muda, jika diizinkan Tuhan, dipanjangkan umur, masih panjang perjalanannya....

dan pesanku untuk anak didikku yang lain.....hidup ini hanya satu pinjaman....janganlah kita mensiakan-siakannya dan menzalimi diri kita sendiri dengan sesuatu yang salah, yang boleh membawa mudarat bukan sahaja kepada kita tetapi kepada mereka yang lain, insan yang kita kasihi terutamanya ibu dan bapa kita sendiri...

Wednesday, 8 September 2010

aku dan ramadan...

ramadan hanya tinggal satu hari lagi....telah diumumkan raya pada tahun ini jatuh pada Hari Jumaat, 10 September 2010...bagi aku, ramadan tahun ini ternyata berbeza dari tahun-tahun sebelumnya....ramadan tanpa bapak, yang pastinya...tetapi pemergian bapak telah mengingatkan aku kepada tanggungjawab aku sebagai seorang anak, dan amalan seorang umat Islam....ramadan tahun ini, aku lebih menghargai setiap hari dalam bulan tersebut, meningkatkan sedikit ibadat yang selama ini hanya dikejakan yang fardhu sahaja, lebih mensyukuri rahmat yang Esa, memohon dilanjutkan usia dan diberikan kesihatan ...terlalu banyak keampunan yang perlu kupinta pada-Nya....

tahun ini, terasa sayu bila ramadan meninggalkan aku, entah ditahun hadapan bertemu aku lagi dengan ramadan atau tidak....bila teringat bapak, hati menjadi lebih sayu....hari ini hari terakhir, esok bapak akan kembali....disaat yang lain bergembira, mereka yang berada dialam yang lain mungkin menangis, dipanggil kembali ke alam barzakh....

harapan aku, semoga Yang Esa mendengar doaku dan memakbulkannya....semoga aku bertemu ramadan di tahun hadapan...selamat jalan Ramadan....

dan kepada Syawal, selamat datang Syawal...tetap kutunggu kedatanganmu itu, anakku lebih lagi, menyambut hari kemenangannya berpuasa...ramadan bulan berjuang, Syawal menyambut kemenangan....cuma jangan berlebihan atau terleka menyambut Syawal, buruk padahnya.....

kepada semua, Selamat menyambut Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin

Thursday, 2 September 2010

Aku dan Cabaran

Ramai yang mengatakan dalam proses pembelajaran dan perjalan meniti Phd, akan terdapat bermacam-macam cabaran dan dugaan yang akan melanda, kecil dan besar, luaran dan dalam, diri sendiri atau orang lain....tapi yang pasti semuanya sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada si empunya badan, bakal Dr ini...ternyata benar, tetapi yang pastinya cabaran dan dugaan itu tetap akan terjadi dengan kuasa Allah, dia yang menentukan segalanya, tak kira masa atau dimana sahaja kita berada....

Dugaan pertama yang besar  bagi diri ini adalah kehilangan seorang bapak....bagi kawan seperjuanganku, ex-officemateku, orang yang bersungguh-sungguh menggesa aku untuk cuba memohon biasiswa, Aslinda atau kupanggil Linda lain pula....dugaan bagi Linda datang pada petang 22 Ramadan, rumah ibunya hangus dijilat api....tiada apa yang tinggal...hanya abu...rumah yang menyimpan pelbagai nostalgia itu kini hanya tinggal kenangan....sedih mendengarkan suara sayu temanku itu dihujung talian...rumah tempat berteduh ibu dan kakaknya sekeluarga kini telah tiada, mereka hanya tinggal sehelai sepinggang.....tak dapat dibayangkan betapa luluhnya hati seorang ibu melihat rumah tempat teduhnya kini telah tiada, tambahan pula syawal bakal menjelang tiba....tetapi syukur Alhamdulillah, tiada kehilangan jiwa, cuma kakaknya mengalami kesan melecur dimuka dan ditangan....

tapi aku tahu Linda seorang yang tabah...mengenali Linda sebenarnya banyak mengingatkan tanggungjawabku sebagai seorang muslim....Linda seorang yang straight forward,seorang yang lurus dan sentiasa bercakap benar....bila Linda bercakap, selalu bersemangat, membuatkan aku yang tak bersemangat ni pun jadi bersemangat...Linda seorang yang kental jiwanya, seorang yang rajin...bayangkan untuk coursework di UPM untuk tahun pertama Phd dia mendapat 4 flat...flat aku mendengarnya......hahaha....tapi itulah Linda....sentiasa bersungguh-sungguh...dulu semasa borang permohonan biasiswa Phd keluar, Linda bersungguh-sungguh mengajak aku untuk memohon, katanya mungkin kali ini rezeki kita, tak ramai memohon...aku sebenarnya ketika itu masih dalam mood relaks, belum mahu memohon, tapi disebabkan kesungguhannya, aku memohon, dan Alhamdullilah kami berjaya....dan aku bersyukur, setidaknya arwah Bapak dapat melihat anaknya melanjutkan pelajaran ke peringkat Phd sebelum pergi.....dan aku juga bersyukur kerana hubungan aku dan Linda masih rapat walaupun kami tidak lagi tinggal di negeri yang sama...kami selalu bertukar pendapat, selalu berkongsi ilmu, dan pergi ke konferen bersama....sekurangnya, masih ada teman-teman disisi...

Phd- the lonely journey...aku tidak mahu begitu.....teringat kata Dr Rohaida, koordinator SOM USM, Phd bukannya bermakna hubungan kita dengan dunia disekeliling telah berhenti, komitmen kita hanya untuk Phd.....ia tidak sepatutnya jadi begitu....kita tetap meneruskan kehidupan kita seperti biasa, kita kena pandai membahagikan masa katanya.....memang benar, masa untuk Phd, masa untuk keluarga, masa untuk dunia, masa untuk akhirat...segalanya kena seimbang....yang pastinya, aku mengaku sebenar-benarnya, masa aku belum lagi seimbang.....aku mesti lebih banyak menghargai masa.......ada masanya masa aku terbuang begitu sahaja.....masa yang pergi tidak akan kembali.....

aku bersyukur kerana diberikan seorang teman rapat seperti Linda....aku bersyukur mempunyai teman-teman rapat yang lain yang banyak memberikan sokongan sepanjang perjalanan....aku bersyukur mempunyai keluarga yang cukup supportive, seorang suami yang sabar, anak-anak yang kecil yang kusayangi, seorang mak yang tak henti-henti memberikan nasihat dan tunjuk-ajar dan juga selalu membantu, dan juga mereka yang lain yang tak terungkap namanya...terlalu banyak jasa mereka....tak terbalas...aku bersyukur kepada Allah atas segala nikmat yang diberikan oleh-Nya....

Aku berdoa untukku dan untuk mereka semua....Bismillahhirrahmanirrahim...Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Penyayang.....semoga Ramadan ini segala amalan kami semua diterima, dosa diampunkan, dipermudahkan segala urusan, diberikan kesihatan, dikuatkan hati dalam menempuh segala dugaan, cabaran dan dijauhkan daripada godaan syaitan yang direjam dan mereka yang ingin menzalimi dan mengkhianati kami....semoga kami diberikan kekuatan hati, fizikal dan mental untuk menempuhi segalanya, bahagia didunia dan akhirat, dijauhkan dari azab api neraka, dimasukkan dalam golongan orang-orang yang beriman dan dikurniakan syurga firdaus....amin.....

Semoga doaku dimakbulkan....selamat berpuasa......