Teringat aku segala memori-memori yang indah ketika bergelar seorang pelajar- diploma pengurusan hotel dan pelancongan...ketika itu UiTM masih lagi dikenali sebagai ITM, jadi gelaran pelajar lebih sesuai digunakan berbanding siswazah ketika itu....kenangan ketika diploma begitu penuh dengan warna-warni, tiada apa yang perlu difikirkan, hanaya perlu belajar dan menikmati hidup sebagai seorang pelajar dengan gembiranya.....
Sebetulnya jurusan hotel dan pelancongan memang tidak ada dalam kamus hidupku, tidak pernah terlintas walau sekalipun ketika disekolah rendah atau menengah akan melanjutkan pelajaran dalam bidang ini, malah ia juga agak kurang popular ketika itu...maklumlah ketika itu masyarakat masih lagi belum bersikap terbuka mengenai jurusan ini, lebih berfikiran negatif...tanggapan mengenai bekerja di hotel masih dilihat signifikan dengan unsur-unsur negatif dan masalah sosial dalam masyarakat......tapi bagi aku ketika itu, lebih memandang kepada benda yang baru dalam industri...ketika mengisi borang rasa macam best ajer course ni, bisikku didalam hati....lagipun keputusan SPMku yang tidak begitu memberansangkan berbanding kawan-kawan yang lain telah menghadkan pilihan...itulah, banyak sangat main di sekolah..walaupun sekolahku namanya gah seantero Malaysia, tetapi kalau kurang berusaha, akhirnya hanya mampu mendapat pangkat 1 yang hujung-hujung sahaja la......tetapi aku tetap bersyukur, kerana setiap yang terjadi ada hikmahnya...dan salah satunya, aku telah ditunjukkan jalan ini-Diploma PEngurusan Hotel di ITM Shah Alam.....
kenapa kukatakan hikmah???pertamanya, aku anak bongsu dalam keluarga...manja, kurang membuat kerja rumah terutamanya selepas bersekolah diasrama penuh di selatan tanah air....skill untuk memasak, huih jauh sekali ketika itu....belajar di ITM telah membuka ruang kepadaku menambahkan skil yang memang tiada, dari seorang yang zero dalam memasak, kepada seorang yang tahu memasak, taklah terror memasak, sekurang-kurangnya ketika itu tahu la jugak jenis herba, ikan, sayuran, cara memasak.....yang lebih memalukan, sesetengah pelajar lelaki lebih pandai memasak didapur berbanding perempuan, aku la antaranya.....pernah suatu ketika, donut ku tidak menjadi, manakala ada adunan donut pelajar lelaki gebu2 belaka...huih malu sungguh.......siap diberikan dough kepadaku untuk menutup ketidak terroran aku itu dan mengelakkan aku daripada dimarahi pensyarah.....hehehehe...terima kasih kawan, jasamu dikenang.....
itu antara pengalaman awal di tahun pertama diploma..... ada banyak lagi cerita yang lain ingin kukongsi di masa yang lain.....cuma satu pesanku.....setiap satu yang berlaku pasti ada hikmahnya....kita perlu berusaha untuk menjadikan impian kita itu suatu realiti...jangan takut untuk mencuba dan peluang yang sama jarang-jarang datang berkali, jadi gunakanlah sebaiknya......contohnya aku: kadang-kadang bila kufikirkan kembali alangkah bagusnya kalau aku belajar bersungguh-sungguh ketika di asrama penuh, boleh pegi belajar over sea macam kawan-kawan yang lain....tapi bila difikirkan hikmah disebalik kejadian, alhamdulillah, Allah tahu yang terbaik untuk kita.......aku bersyukur kerana ini menjadikan siapa aku hari ini....
berjumpa di entri yang lain.....
Wednesday, 26 January 2011
Friday, 31 December 2010
Bila melihat kejayaan anak didik......
aku memang bangga melihat kejayaan semua anak-anak didikku....berjaya menghabiskan sesi pembelajaran dengan jayanya, memperolehi apa yang diinginkan, mendapat pekerjaan dan memanfaatkan ia di jalan yang benar....lebih membanggakan melihat semangat sebahagian dari mereka yang mempunyai kekuatan untuk membuka perniagaan sendiri...kedai menjual aksessori, t-shirt, kasut, burger, membuat pastri dan kek...amat bangga walaupun sebahagiannya tidak mempunyai premis perniagaan sendiri , hanya menggunakan alam maya sebagai medium perantaraan, melalui blog, facebook dan selainnya......
untuk yang bekerja dalam industri, amat seronok bila mengetahui peningkatan mereka dalam bidang pekerjaan..dari hanya seorang waiter, sekarang sudah menjadi captain, dari seorang commis, sekarang telah meningkat kerjayanya....dan yang bekerja dibidang lain juga tidak kurang hebatnya, ada yang menjadi pensyarah, dan kini sudah boleh duduk bersembang bersamaku, bukan lagi sebagai pelajar tetapi rakan sekerja...sungguh cepat masa berlalu...sedar tak sedar sudah hampir 9 tahun aku menjadi warga kerja uitm....
untuk mereka ini dan untuk mereka yang lain juga, semua bekas anak-anak didikku, semoga kalian memanfaatkan ilmu dan pengalaman yang ada sebaiknya, dan jangan sesekali alpa dengan segala kejayaan yang dikecapi hari ini....dan sesekali lupa mereka yang ada dibelakangmu yang sentiasa menyokong dari segi fizikal dan mental, wang, semgat dan dorongan dan selainnya.....tanpa mereka dan tanpa penentuan dan kehendak Yang Esa, entah siapalah kita hari ini agaknya.....selamat tahun baru, semoga bahagia dan ceria selalu.......
Wednesday, 1 December 2010
PENCOPET KECIL DI McD.......
Ini bukan pengalaman ku...tetapi pengalaman suami dan anak-anakku ketika berkunjung disalah satu lokasi McD...ketika sibuk melayan anak-anaknya bermain di Playland, tiba-tiba anak sulungku berkata...."Daddy, ada orang ambil air kita..." tercengang suamiku melihatkan gelagat anak kecil itu, berusia dalam 5 tahun, dengan selambanya mengambil bekas air mereka dan berlalu...pada awalnya, suamiku memikirkan kemungkinan yang anak kecil itu tersalah ambil bekas air tapi tidak....anak kecil tadi pergi ke sinki, membasuh bekas air tersebut dan seterusnya pergi ke kaunter untuk meminta tambahan air memandangkan McD menyediakan sistem refill air secara percuma.....tercengang suamiku melihatkan kejadian tersebut.....
Itu pengalaman pertama, di waktu petangnya, suamiku dan anak-anak pergi ke McD sekali lagi, dan bertemu dengan si kecil tadi yang masih melakukan pekerjaan yang sama..pada amatan suamiku, si kecil ini disuruh oleh kanak-kanak yang lebih besar umurnya untuk melakukan pekerjaan tersebut, dan si kecil ini dilihat dimarahi oleh kanak-kanak yang lebih besar itu, seperti pembulian lagaknya....apabila si kecil melintasi tempat duduk suamiku, suamiku bertanya datang dari mana....tetapi dengan pantas si kecil itu memusingkan pertanyaan itu dengan bertanya benda yang sama kepada suamiku...cerdik budak ini....seperti telah dilatih....yang bermakna mereka telah biasa melakukan pekerjaan tersebut.
Suamiku menceritakan peristiwa ketika pulang kerumah...memikirkan perkara tersebut, terasa kasihan memikirkan anak kecil seperti itu telah dieksplotasi, ...telah diajar mencuri dari kecil..walaupun kes ini kelihatan seperti kes minor, tetapi ia boleh membawa kepada kes yang lebih besar kelak, terbawa-bawa sehingga dewasa...aku sedar, ada kanak-kanak yang kurang berkemampuan, tetapi mahu merasa apa yang mereka yang lain rasa, tetapi padaku ini bukan caranya....kebih-lebih lagi jika barang yang diambil itu makanan, yang kemudian akan menjadi darah daging kita juga...dan perkara yang dibuat itu juga salah, walaupun dilihat kecil....fikirkanlah.......
Sunday, 21 November 2010
LEBUHRAYA OH LEBUHRAYA....
Pengalaman pulang ke kampung di malam hari raya Aidiladha yang lepas dirasakan seperti satu perjalanan yang panjang....hujan turun mengiringi kami dari Pulau Pinang sehinggala kami selamat sampai ke destinasi, desa tercinta Teluk Intan....kami bergerak dari rumah lebih kurang 530 petang....anak-anak seperti biasa teruja hendak pulang ke kampung, sibuk menyanyikan lagu Balik Kampung nyanyian arwah Sudirman...betapa mudahnya mereka mengingati lagu itu.......
Perjalanan lancar dari Pulau Pinang ke R&R Sungai Perak...hujan kadangkala gerimis, kadangkala turun dengan lebat...yang pastinya, ia berterusan.....selepas sahaja R&R Sungai Perak, perjalanan mulai perlahan....kami sangkakan ada kemalangan ngeri yang berlaku di kawasan berhampiran.....kemudian semakin perlahan bila tiba waktu mendaki bukit...hujan masih turun....kenderaan memang banyak.....suamiku mula memusing-musing, mencari siaran radio untuk mencari perkembangan terkini di laluan tersebut.....dan akhirnya, rupanya laluan sesak dan perlahan kerana adanya pembaikan cerun di arah menghala selatan berhampiran terowong.......aduh......hampir dua jam untuk melepasi kesesakan 11km......bayangkan.....
kelihatan di kiri jalan lebih daripada 20 buah kereta yang telah tersadai.....ku kira akibat kerosakan....sudahlah hari gelap, hujan, kesesakan lalulintas menyukarkan lagi pertolongan...faktor bukit dan cerun yang tinggi mungkin menyebabkan enjin kereta menjadi panas apabila pergerakan menjadi semakin perlahan...sungguh kasihan, terutama bagi mereka yang mempunyai keluarga dan anak-anak yang kecil.......terdampar didalam gelap......
benar kata mereka, rancanglah perjalanan anda terutama menjelang musim perayaan...silap kami kerana kami terlepas pandang adanya pembaikan cerun disitu, kurang mengambil tahu keadaan lalulintas semasa....kerana selepas sahaja melalui terowong, perjalanan ke Teluk Intan kembali lancar...alhamdulillah.....tetapi bila difikirkan, mungkin ada baiknya pihak Plus ataupun pengurusan lebuhraya menaikkan papan tanda untuk memberi informasi tentang apa yang berlaku dihadapan, terutamanya di musim perayaan, supaya para pengguna lebuhraya boleh mengambil jalan alternatif, susur keluar melalui Kuala Kangsar sebagai contohnya......ini boleh mengelakkan kadar kereta yang tersadai ditepi jalan disebabkan kerosakan, yang tentunya sukar untuk diberi pertolongan ketika jalan penuh sesak dan gelap gelita......yang pastinya, ia menjadi pengajaran buat diriku sendiri, untuk menjadi seorang yang lebih mengambil tahu........dan akhirnya kami tiba di Teluk Intan pada jam 11 malam...perjalanan 3 jam menjadi lebih 5 jam, tetapi syukur kepada Allah, semuanya selamat..........
Friday, 12 November 2010
BERSEDERHANA DALAM BERBELANJA........
bersederhana itu amat dituntut dalam Islam....ia adalah satu perkara yang baik, yang perlu ada dalam diri setiap manusia.Konsep besederhana ini berbeza dari satu individu kepada individu yang lain, dan ia akan kembali kepada konsep kemampuan setiap individu itu....dari segi tenaga, wang ringgit dan dari persepsi yang lain.....
Janganlah kita terlalu menurut trend atau gaya hidup orang yang lain..sederhana bagi mereka itu mungkin tidak sama dengan sederhana kita......sekiranya seseorang itu mempunyai gaji yang besar, konsep sederhana bagi dirinya mungkin dengan memiliki kereta yang sporty, buatan luar negara, beratusan ribu ringgit harganya...tetapi bagi diri individu lain yang mempunyai gaji yang lebih kecil, konsep sederhana mereka dengan mempunyai kereta dibawah 100 ribu sahaja, atau mungkin kereta luar negara yang telah diguna pakai.....dan jangan pula kita dengki dan mengatakan yang individu yang mampu ingin menunjuk-nunjuk jika itu memang sederhana dengan kemampuan mereka....
Berbelanjalah mengikut kemampuan dan keperluan....sebagai contoh, jika ahli keluarga semakin bertambah, mungkin perlu bagi kita untuk menukar kepada kenderaan yang lebih besar....tetapi mengikut kemampuan.....yang penting ia tidak membebankan...apa gunanya kita berbelanja melebihi dari sepatutnya, sedangkan hakikatnya hutang kad kredit semakin bertambah, simpanan tidak pernah bertambah tetapi semakin berkurang dan ada kalanya terpaksa mengeluarkan simpanan anak-anak untuk menampung kos-kos yang lain.....itu realiti.....
Bagi yang masih bujang, jangan lupa tanggungjawab kepada ibu bapa....jangan terlalu mengikut trend terkini dan membelanjakan wang ditempat yang tidak sepatutnya....teringat kisah seorang ibu yang mahukan anak-anaknya yang masih bujang memiliki rumah dahulu kemudian baru berkereta...bila difikirkan, betul juga konsep tersebut...rumah aset yang berharga, kereta aset yang semakin susut nilainya....sekiranya sudah bekerja dan masih ada pinjaman pelajaran yang belum dilangsaikan, inilah masanya untuk membayar balik pinjaman tersebut...itu adalah tanggungjawab, yang akan dituntut didunia dan diakhirat kelak....fikirkan mereka yang lain yang memerlukan wang tersebut untuk menyambung pelajaran mereka....walau dipusingkan kemana pun, ia masih hutang yang perlu dibayar....fikirkanlah.....
Monday, 8 November 2010
CARA MEMBUAT UMAI (SUSHI SARAWAK)
posting kali ni adalah resepi sushi dari sarawak...aku katakan sushi, kerana tidak perlu dimasak....sedap dihidangkan bersama nasi putih dan lauk yang lain....cara menyediakannya juga amat mudah...ini resepi umai dari mak saudara suami...Ngah....terima kasih Ngah...
bahan-bahan yang diperlukan....
Ikan kembung (2 ekor)
Perahan Jus Limau nipis (2 biji)
Cili merah (2 biji)
Cili padi (5 biji)
Bawang besar (1 biji)
Lengkuas 2 inci (dihiris halus)
Garam dan serbuk perasa
1. Ikan kembung yang telah dicuci dan dibersihkan, buang tulangnya. Hiriskan.
2. Masukkan jus limau nipis. Limau ini sebagai agen untuk memasakkan ikan tadi...kalau nak lagi banyak pun boleh, terpulang kepada citarasa.
3. Masukkan hirisan cili merah.
4. Masukkan cili padi yang telah ditumbuk, supaya lebih terasa kepedasannya.....
5. Masukkan hirisan bawang besar.
6. Masukkan hirisan lengkuas
7. Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.
8. Gaulkan. Sedia untuk dimakan.....kalau dibiarkan seketika lagi sedap, biar mesra.....
Selamat mencuba.......
bahan-bahan yang diperlukan....
Ikan kembung (2 ekor)
Perahan Jus Limau nipis (2 biji)
Cili merah (2 biji)
Cili padi (5 biji)
Bawang besar (1 biji)
Lengkuas 2 inci (dihiris halus)
Garam dan serbuk perasa
1. Ikan kembung yang telah dicuci dan dibersihkan, buang tulangnya. Hiriskan.
2. Masukkan jus limau nipis. Limau ini sebagai agen untuk memasakkan ikan tadi...kalau nak lagi banyak pun boleh, terpulang kepada citarasa.
3. Masukkan hirisan cili merah.
4. Masukkan cili padi yang telah ditumbuk, supaya lebih terasa kepedasannya.....
5. Masukkan hirisan bawang besar.
6. Masukkan hirisan lengkuas
7. Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.
8. Gaulkan. Sedia untuk dimakan.....kalau dibiarkan seketika lagi sedap, biar mesra.....
Selamat mencuba.......
Saturday, 6 November 2010
SELAMAT HARI JADI SAYANG.....
hari ni hari jadi anak sulung ku...puteriku, permata hatiku......harijadi yang ke-7....masa berlalu dengan begitu pantas. tanpa sedar, permata hati mummy dan daddy telah melangkah kedalam persekolahan.......begitu pantas...bila kuputar kembali kenangan 7 tahun itu.....pelbagai perasan bercampur gembira, duka, suka, penat....tetapi yang pastinya semua itu mematangkan aku...menjadi seorang yang lebih penyabar....walaupun adakalanya tercabar juga kesabaranku dengan kerenah ketiga-tiga permata hatiku ini.....
sepatutnya, kami meraikan harijadi puteri sulungku ini di Langkawi, sementelah suamiku mempunyai kerja di sana....tetapi disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, cadangan asal terpaksa dibatalkan...tergambar perasaan kecewa di mukanya ketika kunyatakan yang pelan asal terpaksa diubah, keadaan kesihatanku yang tidak mengizinkan aku membawa mereka kesana, kesian.....kecewa dia tetapi aku berjanji dengan dia bahawa aku akan membawanya ke tempat yang lain yang mempunyai apa yang diinginkan oleh kanak-kanak lebih dari segalanya- berkait rapat dengan air......apa lagi kalau bukan swimming pool dan laut.......tersenyum lebar dia mendengarkan janji ku itu.....dan keluhannya berhenti disitu.........menghitung hari untuk ketempat yang dijanjikan itu pula......anak.....anak......jangan sesekali berjanji dengan mereka jika tidak dapat dipenuhi......alamatnya, tak berhenti mengungkit sehingga janji itu dipenuhi......
hari jadi puteri sulungku sama nombornya dengan aku cuma lewat sebulan....aku 6 oktober, manakala hasya 6 november......kuberi nama HASYA SOFIYA, aku kurang membaca novel, bila orang disebelah katil dihospital mengetahui namanya, dia berkata macam nama penulis buku tu....tidak aku mengetahuinya, ku ambil nama itu dari kombinasi nama-nama pilihan dalam islam....Hasya- kesempurnaan dan SOFIYA- kesucian......menjaga dia semasa kecil sangat mencabar, suka menangis di waktu malam, suka tidur ditangan dan dipelukan....dan ia berlanjutan sehingga 6 bulan...bayangkan, bila hendak tidur perlu dibedungkan supaya tidurnya lebih lena, kalau kebiasaannya bayi dibedungkan dengan kain yang kecil, tapi hasya kami bedungkan dengan kain batik, maklumlah umur sudah 6 bulan tapi masih perlu dibedungkan....tersenyum mengingatkan suamiku membedungkan hasya, kemas....cukup kemas, macam parcel.....hahahaha, memang pasti tidak boleh terkeluar tangannya dari bedungan itu....tabik spring untuk suamiku, bedunganku tidak boleh menandinginya...dan diakui oleh ibuku....... itu antara kenangan yang tidak dapat dilupakan.....
untuk puteriku, semoga hidup tuan puteri mummy akan sentiasa dilindungi oleh-Nya, menjadi seorang anak yang soleh, yang boleh menjadi pembimbing kepada yang lain, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan, menjadi seorang yang berguna di dunia dan akhirat......kami akan sentiasa mendoakan yang terbaik untukmu, HASYA SOFIYA....
Subscribe to:
Posts (Atom)