Thursday 8 September 2011

HIDUP INI SENTIASA ADA PILIHAN.....

hidup ini akan sentiasa ada pilihan.....

jika berjalan, boleh memilih untuk ke kanan, ke kiri dan sebagainya......
jika belajar, kita boleh menjadi pelajar yang malas atau rajin......
ketika peperiksaan, boleh memilih untuk menjawab dengan jujur atau dengan toyol didalam poket atau meniru kawan disebelah....
ketika hendak mencari pekerjaan, boleh memilih untuk terus menunggu pekerjaan yang dicitakan atau mengambil apa sahaja peluang di depan mata.....
pekerjaan yang menjanjikan hasil pendapatan yang halal atau dari jalan songsang....
ketika berkawan, boleh memilih kawan yang baik atau sebaliknya,
ketika berfesyen, boleh memilih yang mahal atau yang seadanya, yang mengikut aliran atau tenggelam ditelan zaman,
yang dituntut agama atau sebaliknya,
ketika mencari teman hidup, boleh memilih mengikut citarasa atau ciri-ciri yang didambakan atau mengikut tuntutan agama,
ketika hendak berkahwin, boleh dibuat besar-besaran, kecil-kecilan atau beserdehana sahaja...
sudah berkahwin, boleh memilih untuk kekal berlagak seperti zaman bujang atau seperti mereka yang telah berumahtangga,
ketika rumahtangga menuju kehancuran, boleh memilih untuk terus kekal dalam rumahtangga tersebut, berusaha untuk memperbaikinya, atau melupakan sahaja si dia dan membina hidup yang baru,
ketika sesat, boleh terus kekal dalam kesesatan atau berusaha untuk keluar dari kesesatan tersebut,
ketika dirundung malang, boleh terus menyalahkan mereka dan alam sekitar atau memilih untuk muhasabah diri sendiri,
ketika diri miskin, boleh terus sahaja didalam keadaan yang sama atau cuba membina kehidupan yang lebih baik di masa depan....
tika diri mempunyai banyak kekurangan atau kekhilafan, boleh terus kekal sebegitu atau cuba menjadi insan yang lebih baik,
baik untuk diri sendiri, si dia, keluarga, untuk mereka, masa depan, dunia dan akhirat.....

hidup ini akan sentiasa ada pilihan,
jadi jangan salahkan keadaan....
kita yang menentukan dan dengan izin-Nya......