Friday 12 November 2010

BERSEDERHANA DALAM BERBELANJA........

bersederhana itu amat dituntut dalam Islam....ia adalah satu perkara yang baik, yang perlu ada dalam diri setiap manusia.Konsep besederhana ini berbeza dari satu individu kepada individu yang lain, dan ia akan kembali kepada konsep kemampuan setiap individu itu....dari segi tenaga, wang ringgit dan dari persepsi yang lain.....

Janganlah kita terlalu menurut trend atau gaya hidup orang yang lain..sederhana bagi mereka itu mungkin tidak sama dengan sederhana kita......sekiranya seseorang itu mempunyai gaji yang besar, konsep sederhana bagi dirinya mungkin dengan memiliki kereta yang sporty, buatan luar negara, beratusan ribu ringgit harganya...tetapi bagi diri individu lain yang mempunyai gaji yang lebih kecil, konsep sederhana mereka dengan mempunyai kereta dibawah 100 ribu sahaja, atau mungkin kereta luar negara yang telah diguna pakai.....dan jangan pula kita dengki dan mengatakan yang individu yang mampu ingin menunjuk-nunjuk jika itu memang sederhana dengan kemampuan mereka....

Berbelanjalah mengikut kemampuan dan keperluan....sebagai contoh, jika ahli keluarga semakin bertambah, mungkin perlu bagi kita untuk menukar kepada kenderaan yang lebih besar....tetapi mengikut kemampuan.....yang penting ia tidak membebankan...apa gunanya kita berbelanja melebihi dari sepatutnya, sedangkan hakikatnya hutang kad kredit semakin bertambah, simpanan tidak pernah bertambah tetapi semakin berkurang dan ada kalanya terpaksa mengeluarkan simpanan anak-anak untuk menampung kos-kos yang lain.....itu realiti.....

Bagi yang masih bujang, jangan lupa tanggungjawab kepada ibu bapa....jangan terlalu mengikut trend terkini dan membelanjakan wang ditempat yang tidak sepatutnya....teringat kisah seorang ibu yang mahukan anak-anaknya yang masih bujang memiliki rumah dahulu kemudian baru berkereta...bila difikirkan, betul juga konsep tersebut...rumah aset yang berharga, kereta aset yang semakin susut nilainya....sekiranya sudah bekerja dan masih ada pinjaman pelajaran yang belum dilangsaikan, inilah masanya untuk membayar balik pinjaman tersebut...itu adalah tanggungjawab, yang akan dituntut didunia dan diakhirat kelak....fikirkan mereka yang lain yang memerlukan wang tersebut untuk menyambung pelajaran mereka....walau dipusingkan kemana pun, ia masih hutang yang perlu dibayar....fikirkanlah.....

1 comment:

  1. well said...but i do need an extra space in my car...:):)

    ReplyDelete