Sunday 21 November 2010

LEBUHRAYA OH LEBUHRAYA....

Pengalaman pulang ke kampung di malam hari raya Aidiladha yang lepas dirasakan seperti satu perjalanan yang panjang....hujan turun mengiringi kami dari Pulau Pinang sehinggala kami selamat sampai ke destinasi, desa tercinta Teluk Intan....kami bergerak dari rumah lebih kurang 530 petang....anak-anak seperti biasa teruja hendak pulang ke kampung, sibuk menyanyikan lagu Balik Kampung nyanyian arwah Sudirman...betapa mudahnya mereka mengingati lagu itu.......

Perjalanan lancar dari Pulau Pinang ke R&R Sungai Perak...hujan kadangkala gerimis, kadangkala turun dengan lebat...yang pastinya, ia berterusan.....selepas sahaja R&R Sungai Perak, perjalanan mulai perlahan....kami sangkakan ada kemalangan ngeri yang berlaku di kawasan berhampiran.....kemudian semakin perlahan bila tiba waktu mendaki bukit...hujan masih turun....kenderaan memang banyak.....suamiku mula memusing-musing, mencari siaran radio untuk mencari perkembangan terkini di laluan tersebut.....dan akhirnya, rupanya laluan sesak dan perlahan kerana adanya pembaikan cerun di arah menghala selatan berhampiran terowong.......aduh......hampir dua jam untuk melepasi kesesakan 11km......bayangkan.....

kelihatan di kiri jalan lebih daripada 20 buah kereta yang telah tersadai.....ku kira akibat kerosakan....sudahlah hari gelap, hujan, kesesakan lalulintas menyukarkan lagi pertolongan...faktor bukit dan cerun yang tinggi mungkin menyebabkan enjin kereta menjadi panas apabila pergerakan menjadi semakin perlahan...sungguh kasihan, terutama bagi mereka yang mempunyai keluarga dan anak-anak yang kecil.......terdampar didalam gelap......

benar kata mereka, rancanglah perjalanan anda terutama menjelang musim perayaan...silap kami kerana kami terlepas pandang adanya pembaikan cerun disitu, kurang mengambil tahu keadaan lalulintas semasa....kerana selepas sahaja melalui terowong, perjalanan ke Teluk Intan kembali lancar...alhamdulillah.....tetapi bila difikirkan, mungkin ada baiknya pihak Plus ataupun pengurusan lebuhraya menaikkan papan tanda untuk memberi informasi tentang apa yang berlaku dihadapan, terutamanya di musim perayaan, supaya para pengguna lebuhraya boleh mengambil jalan alternatif, susur keluar melalui Kuala Kangsar sebagai contohnya......ini boleh mengelakkan kadar kereta yang tersadai ditepi jalan disebabkan kerosakan, yang tentunya sukar untuk diberi pertolongan ketika jalan penuh sesak dan gelap gelita......yang pastinya, ia menjadi pengajaran buat diriku sendiri, untuk menjadi seorang yang lebih mengambil tahu........dan akhirnya kami tiba di Teluk Intan pada jam 11 malam...perjalanan 3 jam menjadi lebih 5 jam, tetapi syukur kepada Allah, semuanya selamat..........

No comments:

Post a Comment